CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5530|Reply: 9

[Tempatan] Penjaja ‘rambo’ tular jual sayur, telur tepi jalan digempur DBKL

[Copy link]
Post time 11-5-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2024 08:48 PM

Penjaja ‘rambo’ tular jual sayur, telur tepi jalan digempur DBKL

  • Oleh AZMI NORDIN
  • 11 Mei 2024, 11:44 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Antara penjaja ‘rambo’ diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, petang semalam.


KUALA LUMPUR – Penjaja rambo warga asing antara digempur selepas tular di media sosial menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima sekitar Jalan Hang Jebat, di sini, petang semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Penjaja Tanpa Lesen susulan maklumat orang awam yang tular di media sosial, kelmarin.

“Rentetan maklumat aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi mendapati terdapat tiga aktiviti perniagaan yang dilakukan melibatkan seorang penjaja telur ayam (warga asing) dan dua penjaja sayuran, buah-buahan, ikan, barangan am oleh warga tempatan secara tanpa lesen dari pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas kenyataan itu, tuga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta merta dikeluarkan termasuk dua notis kompauan dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” katanya.

Tambah kenyataan itu, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari masa ke semasa. Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan di laman sesawang Adu@kl di pautan adukl.dbkl.gov.my.-KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 12:47 PM | Show all posts
Malaysia kena buat sekolah khas untuk mereka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm gitu je depa menjual
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:28 PM | Show all posts
buatlah hukuman yang berat
sebagai peringatan kepada yang lain untuk tidak mengulangi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:43 PM | Show all posts
disgusting betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:43 PM | Show all posts
disgusting betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne diorg ni dpt bekalan utk jual2 mcm ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-5-2024 04:47 PM
Camne diorg ni dpt bekalan utk jual2 mcm ni ye?

Rasanya dorg sendiri bercucuk tanam kat tanah2 haram kat penempatan haram...biasa tgk tepi2 sungai ada dorg bercucuk tanam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
makin lama makin menjadi² perangai busuk warga asing ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
"u worang pigi undi la jangan kacau kita sini la"-Bangla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.224392 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list