CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4511|Reply: 0

[Selangor] Joli sakan dengan hasil pajak barang kemas rakan serumah

[Copy link]
Post time 11-5-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan menggambarkan tindakan licik seorang wanita yang tergamak 'berjoli sakan' dengan menggadaikan barang kemas milik rakannya bernilai RM2,000.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun terbabit diajak rakan untuk tinggal bersama di rumah di sebuah apartmen di Pandan Indah, di sini kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.

Perbuatan suspek terbongkar selepas rakan berusia 30-an itu menyedari barangan kemas miliknya dan rakan serumah yang lain hilang disyaki dicuri.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengadu pada 28 April lalu.

Menurutnya, pengadu yang bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan mendakwa mengemas bilik pada 6.20 petang sebelum menyedari barang kemas disimpan dalam kabinet hilang.

"Pengadu menceritakan perkara itu kepada dua rakan serumahnya supaya membuat pemeriksaan di bilik masing-masing sebelum seorang daripada rakan serumah mendakwa barang kemas miliknya turut hilang.

"Namun pemeriksaan di pintu dan jeriji rumah tiada kesan umpil. Pengadu mengesyaki ada orang memasuki rumah menggunakan kunci pendua," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menahan suspek di kawasan Ampang.

Menurut Mohd Azam, penahanan itu membawa kepada serbuan di rumah suspek di Damansara dan polis menemui sekeping surat pajak dipercayai selepas suspek memajak emas dicuri.

Katanya, polis juga berjaya membuat rampasan sebentuk cincin emas dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kemas-rakan-serumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.823415 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list