CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 2

[Tempatan] Pasangan warga emas tempuh perjalanan 200km untuk mengundi

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Rahim dan isterinya, Noraini selepas selesai mengundi di pusat pengundian SJKC Khing Ming di Hulu Selangor, hari ini. - Foto NSTP/Hakim Mahari





HULU SELANGOR: Pasangan warga emas menempuh perjalanan hampir 200 kilometer (km) bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pesara swasta, Abdul Rahim Bidin, 67, berkata walaupun telah berpindah ke Kuala Kangsar, Perak, beliau dan isteri tidak mahu ketinggalan melaksanakan tugas memilih wakil rakyat di kawasan yang pernah dihuni sekian lama, apatah lagi anak-anaknya ada yang masih menetap di Kuala Kubu Baharu.

"Selepas (mengundi) ini dah nak balik, saya turun sini kerana mengundi adalah tanggungjawab kita.

"Saya berulang alik untuk mengundi pada setiap kali pilihan raya dan ia dilakukan sejak 10 tahun lalu," katanya kepada pemberita di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming di sini, hari ini.

Abdul Rahim memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi yang menempuh perjalanan dua jam, dengan ditemani isteri Noraini Mansor, 65, juga mengundi di pusat pengundian sama.

Seorang lagi warga emas yang tidak mahu melepaskan peluang mengundi hadir bersama suami di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baharu seawal 7 pagi walaupun berdepan kesakitan kaki dan menggunakan kerusi roda.

Rodznah Bakar, 61, dan suami menempah kereta sewa untuk membawa mereka ke pusat pengundian kerana kedua-duanya tidak mampu memandu sendiri dan keluar seawal 7 pagi walaupun lokasi pusat mengundi tidak jauh dari rumah mereka.

"Terima kasih kepada petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang banyak membantu memudahkan urusan kami untuk mengundi pada hari ini," katanya.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la tak tukar je tempat mengundi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
snowflakes replied at 11-5-2024 05:40 PM
Kenapa la tak tukar je tempat mengundi?

Pokcik ni asal orang situ kot.

"Pesara swasta, Abdul Rahim Bidin, 67, berkata walaupun telah berpindah ke Kuala Kangsar, Perak, beliau dan isteri tidak mahu ketinggalan melaksanakan tugas memilih wakil rakyat di kawasan yang pernah dihuni sekian lama, apatah lagi anak-anaknya ada yang masih menetap di Kuala Kubu Baharu,"

Tambah pulak ada anak2 dia masih dok situ lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119556 Replies : 3088
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 9397 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049131 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list