CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2917|Reply: 0

[Perak] Perak tambah penguat kuasa di hutan simpan kekal, awasi pencerobohan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Saarani menanam pokok merawan siput jantan sebagai simbolik menyempurnakan Program Biodiversiti Penghutanan Semula AEON Credit di Taman Alam Kinta, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Kampar: Kerajaan negeri akan menambah bilangan penguat kuasa di hutan simpan kekal di negeri ini bagi menghalang pencerobohan yang berisiko merosakkan sumber hutan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu diambil susulan lapan lelaki yang dikatakan terbabit dalam insiden bom ikan didakwa dan didenda baru-baru ini kerana menceroboh Hutan Simpan Banding di Hulu Perak.

"Kita akan menambah bilangan penguat kuasa kerana kawasan itu tidak berpagar.

"Ada orang masuk pada waktu malam. Ada orang menyalahgunakan hubungan baik dengan Orang Asli untuk masuk.


"Jadi tak dapat nak kawal kecuali kita ada penguat kuasa yang mencukupi untuk memantau. Kita akan tambah (penguat kuasa)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Biodiversiti Penghutanan Semula AEON Credit di Taman Alam Kinta di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, Perak berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran penanaman 10 juta pokok menjelang 2025.

Menurut beliau, kerajaan negeri berjaya menanam 7.88 juta pokok pelbagai spesies di seluruh negeri sejak kempen dimulakan pada 2021.

"Ini tidak termasuk program yang dilaksanakan AEON Credit ini mensasarkan penanaman semula 10,000 pokok hutan spesies tempatan, spesies dari Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam SemulaJadi (IUCN) dan spesies pokok buah-buahan di kawasan taman seluas lebih 20 hektar menjelang September tahun ini," katanya.

Beliau berkata, program berimpak tinggi itu akan membantu melestarikan habitat hidupan yang mendiami kawasan Taman Alam Kinta yang juga Taman Negeri ketiga terbesar di Perak.

"Keunikan dan keindahan Taman Alam Kinta ini yang menjadi syurga kepada lebih 150 spesies burung dan lebih 1,400 burung air menjadikannya destinasi menarik untuk pelancongan sambil menjaga alam sekitar," katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 600 sukarelawan terbabit menanam sebanyak 2,000 anak pokok pelbagai jenis seperti mengkulang, balau pasir, merawan siput jantan dan meranti rambai daun di kawasan konservasi Taman Alam Kinta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -awasi-pencerobohan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.239161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list