CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5829|Reply: 16

[Tempatan] TERKINI: Balu mangsa pokok tumbang akan terima faedah PERKESO sepanjang hayat - Menteri

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan dan menziarahi keluarga Nor Pahidah Mat Zaman, isteri kepada mangsa yang maut dalam kejadian dihempap pokok selasa lalu di kediamannya di Seksyen 24, Shah Alam. - Foto NSTP/FAIZ ANUAR





SHAH ALAM: Waris keluarga kepada seorang lelaki yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 7 Mei lalu, dikenal pasti layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata semakan Skuad PERKESO Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal Atan, 47, yang meninggal dunia ketika insiden itu, adalah pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Januari 1995.

Chee Keong berkata, balu Allahyarham iaitu Norpahidah Mat Zaman, bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM3,400 sepanjang hayat.

Manakala empat anaknya masing-masing berumur antara 3 hingga 18 tahun diberikan manfaat FOT sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

"Sebagai pencarum, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar oleh PERKESO menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chee Keong berkata, kesedaran majikan dalam melunaskan tanggungjawab untuk mencarum pekerjanya telah meringankan beban keluarga tersebut bagi melalui episod hitam tersebut menerusi perlindungan jaringan keselamatan sosial pemberian Perkeso menerusi sokongan kewangan.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya akibat terlibat dalam insiden pokok tumbang. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..bukan senang nk dpt bulan2 RM3400 tanpa kerja sepanjang hayat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri dapat Rm3,400....setiap anak dapat asing2 kah atau Rm3,400 monthly total utk semua
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...rezeki disebalik musibah.

Perkeso ni kalau kes2 masuk sotkabo mmg cepat bertindak.
sapa2 yg ditimpa kecelakaan cepat2 la waris inform perkeso (yg mencarum la)

** anak makcik kat kg iols baru sebulan bekerja jadi rider bungkus it ke apa entah kat sel ni 2thn lepas excident meninggal. bagusnya bos dia inform fmly kot suh report ke perkeso. dapat la mak arwah rm500 sebulan sepanjang hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:51 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 11-5-2024 07:48 AM
Isteri dapat Rm3,400....setiap anak dapat asing2 kah atau Rm3,400 monthly total utk semua

Rm 3400 utk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman kepada DBKL jangan dilupa ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia blh dpt FOT tu? Mmg ada peruntukan mcm tu utk semua waris pencarum socso atau kematian disebabkan kemalangsn? Byk tu.. dan seumur hidup? Wowww..xyah keje pun dapat.. serious tanya sbb biasa org dpt pencen penakat je.. tu pun once anak dah kerja/kawin/abis belajar first degree- pencen penakat dah tak dpt.. kalau dikira2..setiap org termasuk balu adalah dpt dlm rm200 setiap bulan utk pencen penakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 11-5-2024 03:48 PM
Isteri dapat Rm3,400....setiap anak dapat asing2 kah atau Rm3,400 monthly total utk semua

Biasanya 50% dr gaji akhir pencarum. Pastu ad plak pecahan utk anak. Mcm aku ari tu 1/3 gaji akhir sbb arwah asben aku 2 tahun x keje. Tu perkeso kata pttnya mse ilang upaya kerja ari tu apply utk pencen ilat. At least dpt 50%..mse tu aku xtau sbb opis arwah kata xleh apply socso.menate betul ex company arwah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
RM3400 tu tiap2 bulan atau tiap2 tahun?
DBKL tak bagi pampasan ke atau apa2 insurance lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 11-5-2024 04:00 PM
Alhamdulillah...rezeki disebalik musibah.

Perkeso ni kalau kes2 masuk sotkabo mmg cepat bertindak.

cepat je kalu dokumen cukup. meninggal lepas bersara pun boleh mohon ye. akan kira ikut gaji akhir.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 11-5-2024 07:37 PM
RM3400 tu tiap2 bulan atau tiap2 tahun?
DBKL tak bagi pampasan ke atau apa2 insurance lain.

tiap2 bulan. cuma kdg2 dibayar setiap 2 bulan. isteri n ank akn dibyar berasingn.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. moga2 anak2 dpt sambung blajaq sampai degree
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 11-5-2024 08:20 PM
tiap2 bulan. cuma kdg2 dibayar setiap 2 bulan. isteri n ank akn dibyar berasingn.

Oh good...thanks
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 11-5-2024 08:18 PM
cepat je kalu dokumen cukup. meninggal lepas bersara pun boleh mohon ye. akan kira ikut gaji akhir ...

Meninggal sebab accident sahaja ke kakak? Or sakit lain pin blh,?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 09:27 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa RM3400 tu dah jumlah keseluruhan termasuk anak² dalam tanggungan sampai umur 21 tahun/habis belajar U. Anak² tak dapat asing, portion dah termasuk dalam RM3400 tu.

Alhamdulillah, kalau mak dia ni meniaga kecil²  pun dapat la duit poket jugak lagi. Jual kuih ke apa sebab anak bongsu tu dah 4 tahun, besar dah jugak. Jangan semata² bergantung kepada bantuan ni. Harap dapat jugak pampasan one-off lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 11-5-2024 07:37 PM
RM3400 tu tiap2 bulan atau tiap2 tahun?
DBKL tak bagi pampasan ke atau apa2 insurance lain.

DBKL ada keluar kenyataan, pokok tu bukan bawah diorang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.272229 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list