CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4440|Reply: 0

[Selangor] ‘Mungkin terselamat dihempap pokok sebab amalan zikir’

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kereta Perodua Bezza milik Abdul Hayyi yang remuk dihempap pokok di Jalan Sultan Ismail, Selasa lalu.

PETALING JAYA – “Itu (kereta) sumber pendapatan utama kami dan saya sedang fikir bagaimana mahu cari rezeki lagi.”

Demikian luahan pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, apabila kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing musnah akibat dihempap pokok tumbang Selasa lalu.

Menurut Abdul Hayyi, dia kini hilang punca pendapatan apabila satu-satunya kende­raan yang menjadi sumber mata ­pencariannya musnah dalam insiden berkenaan di Jalan Sultan Ismail di sini.

“Pendapatan saya bergantung sepenuhnya dengan hasil daripada buat Grab, dan kereta itu adalah satu-satunya pengangkutan yang saya dan isteri miliki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Abdul Hayyi yang baru sebulan berkahwin turut tular di laman TikTok selepas berkongsi video keretanya yang total lost selepas dihempap pokok bagaimanapun reda dengan ketentuan takdir terhadap dirinya.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan menghantar penum­pang warga Sweden ke Wisma Hong Leong kira-kira 1.4 kilo­meter lagi daripada kawasan ­kejadian.

“Saya yang berada di lorong paling kiri terkejut apabila sebatang pokok besar tiba-tiba tumbang dan jatuh betul-betul di atas bumbung kereta,” ujarnya.

Ujar Abdul Hayyi Al Hakimi, dia bagaimanapun sempat mengelak dan membongkokkan badan ke stereng sebelum pokok itu terkena padanya.

“Saya nampak pokok itu mahu tumbang tapi tiada ruang untuk menyelamatkan diri kerana keadaan jalan raya agak sesak ketika itu.

“Dalam kekalutan itu, saya sempat mengelak ke arah kiri dan bongkokkan badan mendekati stereng serta pasrah sahaja de­ngan ketentuan Ilahi kerana tidak mampu berbuat apa-apa lagi,” katanya.


ABDUL HAYYI amalkan selawat 1,000 kali sejak tiga tahun lalu.

Ujarnya, dia bersyukur kerana mengalami kecederaan ringan dengan luka kecil di tangan kanan, dahi, kaki dan dada.

“Selepas kereta terhenti, dalam keadaan sedar, saya dibawa keluar dari kereta ­dengan bantuan orang awam melalui tempat duduk penumpang sebelum pihak berkuasa sampai.

“Sebelum kejadian, saya ­sempat tunaikan solat zuhur di masjid dan berdoa supaya ­Allah permudahkan segala urusan serta dijauhi daripada bala bencana, mungkin itu menjadi asbab saya masih terselamat sehingga hari ini.

“Saya juga amalkan selawat 1,000 kali sejak tiga tahun lalu, alhamdulillah mungkin kesihatan saya hari ini adalah berkat daripada zikir-zikir itu,” ujarnya.

Tambahnya, buat masa ini dia mahu rehatkan diri terlebih dahulu dan masih lagi fikirkan cara untuk mencari pendapatan selepas kejadian itu. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... sebab-amalan-zikir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051754 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list