CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7132|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis sita 18 kenderaan, keluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis memeriksa motosikal ketika ops pencegahan jenayah bersepadu di sekitar daerah Barat Daya.

BALIK PULAU – Sebanyak 18 kenderaan disita dan 151 saman dikeluarkan dalam operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Barat Daya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, selain membendung samseng jalanan yang melibatkan pelesit rempit, operasi juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Sebanyak 18 kenderaan disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 151 saman dikeluarkan atas lain-lain kesalahan.

”Operasi ini juga turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi itu juga, polis turut menahan 26 individu melibatkan empat kes jenayah, empat kes komersil dan 18 kes narkotik.

Dalam perkembangan lain, Kamarul berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana menjadi ‘keldai akaun’ sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman tidak wujud, baru-baru ini.

”Mangsa membuat beberapa transaksi secara atas talian ke dua akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 2,680. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pelbagai-kesalahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064609 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list