CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 1

[Tempatan] Pelajar cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima bangunan

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima bangunan

https://www.malaysiakini.com/news/705347

Diterbitkan:  May 13, 2024 8:06 AM
Dikemaskini: 8:17 AM



Seorang pelajar Tingkatan Lima cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam tadi  memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semalam di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di Putrajaya.

"Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

"Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok," katanya.

Menurut Asmadi mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala

Beliau berkata pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 03:55 PM | Show all posts
dr tgkt 5?
still survive?

be strong ye
moga dipermudahkan urusan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051853 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list