CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5209|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kementerian Digital usaha tampil dasar baharu pelancaran rangkaian persendirian 5G

[Copy link]
Post time 20-5-2024 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Digital usaha tampil dasar baharu pelancaran rangkaian persendirian 5G


Mei 20, 2024 @ 6:07pm



Menteri Digital Gobind Singh Deo (tengah) berbual dengan Pengarah Urusan Clarion (Malaysia) Sdn Bhd Tan Teong Khin (kanan) pada Majlis Percubaan Pembuatan Maju 5G Swasta Pertama di Malaysia di Clarion (Malaysia) Sdn Bhd hari ini. -BERNAMA




GEORGETOWN: Kementerian Digital akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung usaha menampilkan satu dasar baharu mengenai pelancaran rangkaian persendirian 5G, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi 5G oleh pelbagai industri dalam negara.

Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata dasar itu bertujuan mengkaji penggunaan spektrum 5G dan bergerak ke arah transformasi digital bagi semua sektor utama termasuk kesihatan, pembuatan, pertanian dan akuakultur dalam negara.

"Bagaimana kita akan memperkasa dan menggalakkan penggunaan rangkaian 5G apabila ia membabitkan kes-kes ujian industri? Apabila ada industri yang memerlukan teknologi ini, dan teknologinya sudah ada, saya rasa ada peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan bagi memastikan ada akses kepada teknologi ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan pintar 5G persendirian Clarion Malaysia di sini, hari ini.

Clairon Malaysia, syarikat pembekal automotif global yang mengkhusus dalam peralatan Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) hari ini mempamerkan barisan hasil pembuatan termajunya yang pertama di Malaysia dikuasakan oleh 5G, yang dijanakan oleh Rangkaian Persendirian Yes 5G YTL Communications, serta penyelesaian pekilangan pintar Cnergenz.

Gobind berkata, semua kawasan perindustrian ringan dan taman perindustrian utama di negara ini juga harus lengkap dan bersedia untuk mengguna pakai rangkaian persendirian 5G.

Beliau berkata, rangkaian 5G mencapai 80.5 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) di negara ini manakala 90 peratus COPA di Pulau Pinang.

Mengenai Clarion Malaysia yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi IR4.0 dan persendirian 5G dalam bidang pembuatan yang maju, Gobind menyifatkan kerjasama dengan teknologi automasi daripada Cnergenz dan Dassault Systèmes adalah langkah penting dalam memajukan cita-cita IR4.0 Malaysia.

"5G bukan hanya untuk pengguna, ia akan memainkan peranan penting dalam memacu produktiviti dan daya saing untuk Malaysia. Memiliki rangkaian 5G awam dan persendirian bertaraf dunia akan membantu memacu peningkatan ekonomi yang ketara kepada negara," menurut syarikat itu.

Kemudahan pintar Clarion Malaysia menggunakan sambungan 5G Peribadi berkapasiti tinggi 'Yes' bagi menyokong operasi kritikal misi dan keperluan keselamatan, manakala Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan pintar seperti sistem inventori berasaskan Cloud dan Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) dikuasakan oleh AI, untuk barisan pengeluaran Clarion Malaysia.– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list