CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7984|Reply: 0

F1 berdepan cabaran baharu di China

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Red Bull dari Belanda, Max Verstappen meraikan kemenangannya pada Grand Prix Jepun di Suzuka awal bulan ini. – Foto REUTERS

SHANGHAI: Perlumbaan Formula Satu (F1) kembali ke China buat kali pertama sejak 2019 dengan juara dunia Max Verstappen sendiri berdepan satu cabaran baharu di litar yang menyaksikan pasukannya Red Bull merangkul kemenangan sulung Grand Prix 15 tahun lalu.

Hujung minggu ini akan menjadi pentas bagi perlumbaan pecut pertama musim ini, dengan hanya satu jam latihan bebas esok untuk mengubah suai jentera dan melakukan penilaian tayar manakala pasukan hanya mempunyai satu simulator untuk digunakan.

Kali terakhir mereka berlumba di Litar Antarabangsa Shanghai, jentera dilengkapi tayar 13 inci dan bukannya tayar getah 18 inci Pirelli yang digunakan sekarang dengan kesan aerodinamik.

Litar itu juga jarang digunakan sejak 2019 dan mungkin lebih beralun berbanding sebelum ini.


"Ia pasti lebih sibuk dengan perlumbaan pecut pada hujung minggu," kata Verstappen selepas menang di Jepun bagi kemenangan ketiganya dalam empat perlumbaan.

"Jadi, ya hanya satu sesi latihan untuk benar-benar mengujinya sekali lagi. Jadi saya fikir ia pasti agak menarik."

Pemandu berusia 26 tahun itu agak kritikal di samping beberapa pemandu lain, mengenai keputusan untuk mengadakan perlumbaan pecut 100km di China dengan banyak perkara belum diketahui.

"Lebih bagus jika mengadakan perlumbaan biasa hujung minggu di sana. Tetapi sebaliknya, ia mungkin akan menambahkan lagi suasana dan mungkin itulah yang mereka mahu tonton," katanya.

"Kami akan lihat apa yang boleh didapati di sana. Maksud saya, saya sering kali suka berlumba di sana. Jadi ya, harapnya kami boleh bertindak dengan sebaik mungkin dan harapnya kami tidak perlu banyak mengubah suai benda di jentera."

Verstappen menang tiga kejuaraan sejak dia berlumba kali terakhir di China dan satu lagi kemenangan Ahad ini bermakna pemandu Belanda itu menang separuh daripada semua perlumbaan F1 yang diadakan sejak kali terakhir Shanghai berada dalam kalendar perlumbaan. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ran-baharu-di-china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.098765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list