CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 13

[Jenayah] Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen

  [Copy link]
Post time 27-4-2024 07:42 PM | Show all posts |Read mode
HULU SELANGOR: Poster mengenai biodata calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pendidikan Pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor itu.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau memperoleh Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, sebelum disusuli ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dua tahun kemudian.

Khairul Azhari ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan mahu memberikan perhatian kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang ditandinginya.

"Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (berdepan tiga calon lain) dengan cara yang adil," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Selangor menangkap Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan Khairul Azhari itu bukan perkara yang dinafikan memandangkan beliau sememangnya mengikuti semua program pengajian terbabit.

"Kelulusan itu bukan perkara yang beliau nafikan, kerana memang beliau mengikuti kursus-kursus yang berkenaan.

"Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian (Kementerian Pengajian Tinggi) itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar ataupun mereka yang mengambil kursus itu.

"Bagi mereka yang sudah ada pengalaman berkerja biasanya dia akan mengambil tempoh kursus eksekutif dalam tempoh yang singkat untuk memberi tumpuan dalam bidang tertentu," katanya.

Tegas Mohamed Azmin lagi, calon PN memang mengikuti kursus pengurusan bagi maksud meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang itu.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

Calon PN untuk PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut. - BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 07:42 PM | Show all posts
Biodata calon PN, Khairul Azhari Saut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2024 07:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerjaan pun tipu jugok?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 27-4-2024 08:19 PM

Dulu2 ade je penjawat awam diploma yang leh wat master lepas berkhidmat 18 taon.  Leh tak sesape konfem tentang ni?

Tapi dia ni selang 2 taon diploma dah master.  Agak pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti setakat lulusan SPM, pastu sambung belajar agak lewat, faktor takda peluang ketika itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Dipla pun executive mesti dia ambil kat UMcced tu.   Programme executive ni dioloma and master je ada degree tak ada, ni tuk matured students and selalu org ambil post grad.  Mamat ni dia hanya ada spm tapi syarat2 kemasukkan pun usually 10 tahun dah kerja dan spm je.  So x rasa dia tipu cuma bbnu je yg tak tau ada peogramme macam ni.  For info, ramai gen x yg ambil macam ni sbb mcm forumer atas kata, tak dapat further study. Dulu2 either your parents are kaya or pandai (scholarship) dapat opportunity sambung tetiary education ni.  
Tak pe la org melayu tak kisah asal kan undi melayu islam je kan kalau x takanlah ada seorang tu 2 kali kena buang sekolah jadi mb, katanya degree pun cukup2 makan markah asal pass.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada je program based on experience. Tp, x salah pun kalau dia explain. bila nk elak ni, mmg saja je kn nk bg isu utk di kontroversi kn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 08:58 AM | Show all posts
Zezo replied at 28-4-2024 07:57 AM
Mmg ada je program based on experience. Tp, x salah pun kalau dia explain.  bila nk elak ni, mm ...

ada isu ketelusan.

benda simple jadi isu.. sepatutnya dah lama berkubur isu ini jika handle dengan betul


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm amik part time dip or master tu sb mmg da di groom nk jd politician..um n ump ni mmg stok bayar je..xpayah beriya study pun..

btw, i pun dulu smbg part time degree outcampus dgn ukm..nk abiskan degree ni lama yer..4thn..kang kata i xpaham plk uni2 tgh buat duit dgn program mcm ni..senang citer xlaku pun smbg belaja kat um n ump cara mcm ni..mcm xda LAN gitu..sama mcm kolej telekom dulu kala..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:58 PM | Show all posts
berkempen lagi penting daripada explain benda yang memang susah nak explain
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:01 PM | Show all posts
org cerdik pandai x payah la masuk politik..nanti end up jadi DJ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
muke pokcik ni mcm Azlee Senario!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079566 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list