CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 9

[Jenayah] Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?​

[Copy link]
Post time 28-4-2024 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?​Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
April 27, 2024 @ 3:24pm
bhnews@bh.com.my



Sebahagian daripada sembilan paku yang dipercayai sengaja ditanam di bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang. - Foto Ihsan X syahmi_paan

RAWANG: Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.

"Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

"Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu tayar kete iols kena paku betul2 lps laluan tol rfid plaza tol jalan duta. Motif boleh ada paku kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:39 AM | Show all posts
nak niaya org ke tanam paku....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian tak psal2 kaki org yg kena...klau paku tu ada kesan karat lg bahaya klau luka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh...camne boleh terpacak tu..hrp ada cctv area situ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla, Indon dan Rohingya punya kerja la tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakubumi dan Pakualam banyak di Indon @nusaraya berbahasa Dayak Laut di seluruh Jawa Timur.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:53 AM | Show all posts

Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?



RAWANG: Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.

"Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

"Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.

Sebahagian daripada sembilan paku yang dipercayai sengaja ditanam di bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang. - Foto Ihsan X syahmi_paan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Org gila berleluasa
Org sakit otak berleluasa
Org xde perikemanusiaan berleluasa
Org ego thp kelangit berleluasa
Org xde maruah berleluasa
Org xde rs malu berleluasa
Org giler harta dunia berleluasa
Org xde empati berleluasa
Org jahat thp laknatullah berleluasa
Org zalim berleluasa...
Dan senarainya msh pjg...

Berdoalah utk keselamatan dan kesejahteraan hidup kome byk2...moga kita semua dilindungi dan tak tmsk dlm senarai..mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:53 PM | Show all posts
siasat bengkel sekitar dan orang2 sekitar yg menawarkan khidmat repairing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.130290 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list