CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3257|Reply: 35

[Jenayah] 'Bayarlah pampasan, nak lunas hutang RM1.5 juta'

  [Copy link]
Post time 28-4-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: "Saya ada lagi RM1.5 juta hutang perlu dilangsaikan kepada bank".

Beban kewangan itu ditanggung Norsham Abas, bekas pengusaha Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Cherating, Kuantan, Pahang yang membuat pinjaman bank sebanyak RM3 juta bagi membuka dan menambah baik kemudahan kem berkenaan sebelum program itu dimansuhkan pada Oktober 2018.

Masih menunggu pampasan daripada kerajaan susulan penamatan kontrak, katanya, nasib pengusaha kem belum terbela sehingga ramai yang muflis, disenarai hitam oleh institusi kewangan dan dilarang ke luar negara disebabkan tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kami dapat notis tiba-tiba memaklumkan PLKN akan dimansuhkan Oktober 2018. September lalu genap enam tahun dan kami masih tak dapat satu sen pun pampasan.

"Nasib kami tak terbela, sangat menderita dibelenggu hutang jutaan ringgit kerana untuk buka kem ini perlu pelaburan banyak," katanya ketika dihubungi BH.

Katanya, bermula 2015, banyak pembaharuan dibuat kerajaan bagi PLKN, termasuk mewajibkan setiap kem dinaik taraf mengikut spesifikasi ditetapkan, yang memerlukan pengusaha mengeluarkan sekurang-kurangnya RM3 sehingga RM5 juta untuk membiayai kerja berkaitan.

"Kalau tak ikut standard dan spesifikasi kerajaan, pegawai bertanggungjawab akan lapor kepada pihak atasan dan kontrak kami boleh dibatalkan. Saya perlu ambil pinjaman bank sebanyak RM3 juta dan sekarang masih ada hutang RM1.5 juta.

"Selepas PLKN dimansuhkan, saya tak dapat bayar sewa tanah dan hilang tanah (tanah disewa untuk dibangunkan kem PLKN), juga tanggung hutang.

"Malah, anak saya yang muda lagi sudah menjadi penjamin untuk pinjaman kedua (bagi naik taraf kem) sebab suami sudah meninggal, dia pun trauma.

"Kami cuma minta kerajaan bayar pampasan supaya dapat langsai hutang dan hidup tenang semula.

"Ketika dimansuhkan pada 2018, tempoh kontrak masih berbaki 27 bulan, bayaran kepada bank tersangkut, kami dikelilingi hutang pinjaman untuk naik taraf kem sebelum itu bagi elak kontrak ditamatkan," katanya.

Pengusaha trauma

Mengakui trauma dengan apa yang berlaku, Norsham akui hidupnya tidak tenang selepas hilang pendapatan dan disenarai hitam institusi kewangan serta LHDN, sekali gus berharap kerajaan segera membantu mengusahakan pampasan untuk pengusaha yang terjejas.

Bekas pengusaha Kem PLKN di Penor, Kuantan, Mohd Yusni Ngah membuat pinjaman RM3.9 juta untuk kerja naik taraf kem bagi memenuhi spesifikasi garis panduan minimum dan syarat yang ditetapkan kerajaan, malah ada rakan pengusaha membuat pinjaman sehingga RM7 juta.

"Banyak pembaharuan dibuat seperti bina makmal komputer dengan kelengkapan pendingin hawa, dewan luas, bilik darjah selesa, gelangang futsal, bola tampar dan sebagainya.

"Kos dibiayai hampir 90 peratus melalui pinjaman bank dan sekarang saya ada lagi RM1.1 juta perlu dilangsaikan.

"Ramai kawan pengusaha kem yang bankrap, ada yang gulung syarikat, bangunan dirobohkan dan sebagainya," katanya turut mempersoalkan mengapa tidak banyak kem PLKN di Semenanjung tidak dimanfaatkan kerajaan seperti di Sabah dan Sarawak yang terus digunakan untuk petempatan rejimen tentera.

Mendakwa kerugian dialaminya mencecah RM8 juta, Mohd Yusni berkata, sepanjang beroperasi, kem PLKN turut melimpahkan manfaat kepada penduduk sekitar yang ada diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan, petugas kantin dan pembersihan, selain dapat menjual hasil kebun kepada pengurusan kem.

"Boleh tutup kem tapi bayarlah pampasan kepada kami. Bank cari sampai rumah, sita barang dan banyak lagi ancaman yang buat kami tak tenang sebab fikir banyak hutang," katanya berharap memperoleh pampasan yang boleh digunakan pengusaha untuk melangsaikan hutang atau memulakan perniagaan baharu.

"Bila tengok keadaan kem, saya sangat sedih, rosak teruk dan tidak boleh digunakan atau diselamatkan lagi," katanya lagi.

Di Batu Pahat, tinjauan di Kem PLKN di Sembrong dekat Ayer Hitam mendapati keadaannya terbiar dengan bangunan yang semakin menyembah bumi, bumbung tercabut dan dalam bangunan pula dipenuhi lalang serta semak samun.

Penduduk, Mohd Shafiq Mohd Saad, 30, berkata sejak PLKN dihentikan enam tahun lalu, difahamkam kem terbabit pernah dicadang dijadikan pusat tahfiz, tetapi sehingga kini kawasan itu terus kosong tanpa sebarang aktiviti.

"Rugi jika kita biarkan begitu sahaja selepas segala kemudahan sudah tersedia," katanya.

Atap bangunan tercabut serta cat pada dinding bangunan balai pengawal sudah tertanggal di Kem PLKN Hijrah Penor.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2024 10:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:54 AM | Show all posts
Keadaan bahagian bangunan bilik kuliah di Kem PLKN Hijrah Penor yang terbiar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:54 AM | Show all posts
Kem PLKN Sembrong, Ayer Hitam, Batu Pahat dipenuhi semak-samun dan banyak kemudahan lain yang semakin menyembah bumi. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:54 AM | Show all posts
FAKTA NOMBOR

81 kem PLKN seluruh Malaysia


  • 11 kem di Perak
  • 9 kem di Selangor
  • 8 kem di Kedah, Pahang, Sarawak
  • 7 kem di Johor
  • 6 kem di Sabah
  • 5 kem di Negeri Sembilan, Terengganu
  • 4 kem di Melaka, Pulau Pinang
  • 3 kem di Kelantan, Perlis

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:10 PM | Show all posts
kena buat sesuatu dengan cepat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
If only kem2 ni boleh jadi pusat aktiviti warga emas. Letak sekali klinik untuk NCD. Orang politikemang jahanam, fikir perut dia je. Setan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tolong kebanyakan diorang ni orang UMNO.

Dulu meols nak join plkn tak dapat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
btol ke kos cecah jutaan ringgit...ntah2 separuh dah enjoysss
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Penganiayaan kerajaan PH terhadap pengusaha2 bumiputera.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar lah jd homestay....
Org skrg suka bercuti dlm hutan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu PLKN tu di batalkan, kenapa pengusaha ni biarkan je tapak, bangunan dan pusat tu terbiar gitu je ? Kenapa tak diusahakan sesuatu, at least sentiasa ada pusingan modal ? Kalau tak dimaintain dan diusahakan, memang lah mereput je semuanya. Tsk tsk tsk.

Dengan bank pon, kene lah nego dari awal dulu. Kene proaktif, tak leh ler termenung dan melukut di tepi gantang je.

Tanah ada, bangunan ada, faciliti ada, infra ada. Macam macam boleh di buat. Summer Camp ke, pusat motivasi ke, perkemahan sekolah dan kelab kelab ke,  Even team building center boleh dibuat. Jadikan pusat penempatan sementara time bencana ke, pusat tahanan pati ke. Habis busuk pon, perkampungan sementara Rohingnya.

Kalau bela kambing Boer pon, mula dgn 100 ekor, lepas 6 tahum, mahu dah beranak pinak jadi 30000 ekor dah. Value kambing je dah 18 juta.

Tak faham betul aku, mentaliti mengharapkan tongkat ni. Tsk tsk tsk
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jahatt replied at 29-4-2024 09:39 AM
Dah tahu PLKN tu di batalkan, kenapa pengusaha ni biarkan je tapak, bangunan dan pusat tu terbiar gi ...

Betul tu.. dah wat pinjaman tu patut bangunkn terus jd resort. Tp ada tempat kem tu dlm hutan ulu banat.
Tp mcm kem penor tu klu i xsilap duk tepi pantai. Nape la xwat resort.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 09:59 AM | Show all posts
ni jenis makan bersuap, so bila xde makanan sanggup kebulor dari dari makanan tu. Patut dh ada facility tu try la convert jadi tempt team buidling ke, home stay ke.. tempat camping budak2 sekolah ke..apa je la yg boleh manfaa tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu dia dah ada perjanjian, kalau project HSR tu boleh bayar denda beratus juta...kenapa diaorg ni tak boleh?...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena pahamkan isu betul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 10:30 AM | Show all posts
jahatt replied at 29-4-2024 09:39 AM
Dah tahu PLKN tu di batalkan, kenapa pengusaha ni biarkan je tapak, bangunan dan pusat tu terbiar gi ...

sbb nak tunggu pampasan....seperti dijanjikan....

tapi gue setuju ngan cadangan...sepatutnya once dah tahu PLKN di mansuhkan...teruskan la project tu utk menjana pendapatan...homestay ka...rumah orang tua2 ka....kat kawasan perumahan gue ada rumah orang tua2...satu unit dia jual 26K....laku kerasa....dah ada cadangan for second phase...dha beratur orang nunggu nak beli.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekarang trend back to nature ke? Camping la glamping la
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 02:07 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 29-4-2024 09:59 AM
ni jenis makan bersuap, so bila xde makanan sanggup kebulor dari dari makanan tu. Patut dh ada facil ...

Nak cakap mende yang sama jugak.

Sama la peel kontraktor kelas-F bumi.
Time mewah, semewah-mewahnya.
Time gomen dah takde job, menggelupor semua.
Walhal indon/bangla elok jer amik sub-kontrak kerja-kerja binaan projek swasta.

Nak kena bersuap sampai masuk mulut agaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatt replied at 29-4-2024 09:39 AM
Dah tahu PLKN tu di batalkan, kenapa pengusaha ni biarkan je tapak, bangunan dan pusat tu terbiar gi ...


Hilang punca kot.
Dan kategori tak pandai berniaga utk pusing sana sini. Sejenis hadap jln lurus yg dah dibersihkan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.237944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list