CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4154|Reply: 35

'Iya... Dia pilihan tepat'

  [Copy link]
Post time 28-4-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Zul seakan memberi bayangan sudah ada calon yang berjaya mengisi kekosongan diri. - NSTP/Aziah Azmee



KUALA LUMPUR: Tidak mudah mendasari hati lelaki bernama Zul Ariffin. Di sebalik senyuman manis yang sentiasa terukir, sikap 'happy go lucky' dan tutur bicara yang ramah, ada sesuatu yang terpendam dan dibiarkan menjadi rahsia hati.

Jika yang ditanya itu soal kerjaya seni, Zul dengan senang hati sedia berkongsi apa sahaja. Namun, jika yang didamba adalah kisah peribadi dan berkaitan soal hati dan cinta, tiada jawapan pasti yang akan diberi jejaka ini.

Sebaliknya, Zul lebih suka membiarkan perkara itu menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, ketika bertemu Zul atau nama penuh, Zulkifli Ariffin, 38, di ibu negara, dia seakan memberi bayangan sudah ada calon yang berjaya mengisi kekosongan diri.

"Saya sudah melalui macam-macam perangai dan personaliti. Saya kena buat pilihan tepat dan saya sudah ada pilihan itu.

"Dia adalah individu yang paling tepat... Setepat-tepatnya," katanya kepada BH Online.

Zul bagaimanapun tidak mendedahkan siapa wanita bertuah itu. Semuanya kerana Zul tidak mahu dia terkena tempias perdebatan netizen yang gemar menghakimi manusia lain.

"Jangan risau, apabila tiba masanya nanti, orang akan tahu juga. Sejujurnya, bukan perkara itu yang saya risaukan.

"Sebaliknya yang paling ditakuti adalah komen netizen seumpama tak sedar diri dan seronok bercakap mengenai orang lain hingga tahap menghina.

"Jadi, lebih baik saya diamkan diri kerana orang, apabila hendak menghina, dia akan buat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Apabila kita lihat profil mereka yang mengata, muka mereka tidak adalah tahap 'kayangan' pun. Kasihan untuk orang 'di sana'. Mereka juga ada keluarga yang perlu dijaga perasaannya.

"Jadi, hati mereka ini kenalah jaga," luah pelakon bertubuh sasa ini.

Meskipun cuba berahsia mengenai gerangan wanita yang berjaya mencuri hatinya, namun, ramai dapat meneka individu dimaksudkan adalah Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd, Gayatri Su-lin Pillai.

Spekulasi itu dibuat berdasarkan foto yang dimuat naik Gayatri di Instagram (IG) pada 1 Syawal lalu yang menyaksikan dia meraikan Aidilfitri bersama Zul serta dua kakaknya.

Mengulas spekulasi hubungan dengan Gayatri, Zul yang meledak menerusi drama bersiri, Rindu Awak 200% itu menjelaskan, perkara itu tidak boleh dijadikan bukti mereka berpacaran.

Jelas Zul, sudah menjadi rutin buat Gayatri beraya dengan keluarganya setiap kali lebaran bertandang.

Malah, Zul turut memberitahu keluarga terutama arwah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir yang sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri.

"Gayatri setiap tahun beraya dengan famili saya. Dari dahulu lagi, arwah emak saya sayang dia dan anggap seperti anak sendiri.

"Perkara (bergambar sekeluarga) tiap-tiap tahun ada. Cuma abang saya sahaja yang tiada dalam foto itu. Jadi saya anggap itu perkara biasa," katanya yang ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Sheriff di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, percintaan Zul dengan Gayatri yang terjalin sejak 2012, bukan lagi rahsia. Bagaimanapun, hubungan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja.

Selepas berpisah, mereka masih akrab dengan sama-sama menghadiri pelbagai majlis, bahkan kemuncaknya Zul menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Gayatri, dua tahun lalu.

Namun, Zul yang membintangi filem Penunggang Agama menyangkal tanggapan cinta mereka kembali bertaut, biarpun mengakui wanita terbabit sebagai insan istimewa.

Mengenai filem Sheriff yang menyaksikan Zul memegang watak sebagai anggota pasukan khas yang membanteras amalan rasuah dalam kalangan anggota polis, mengaku beroleh pengalaman baharu.

"Ketika mula-mula baca skrip, saya ragu dan bertanya kepada pengarah, Syafiq Yusof apakah benar dia mahu saya melafazkan dialog yang saya anggap boleh mencetuskan kontroversi itu.

"Apabila saya menonton trailer, saya risau kerana tidak sangka babak yang dirasakan panas itu tidak dipotong dan lepas untuk tayangan.

"Apabila baca komen, ramai netizen sokong dialog yang saya lafazkan itu. Apabila semuanya lepas untuk tayangan, saya amat bersyukur," katanya.

Selain Zul, filem bercorak aksi itu turut menyaksikan lakonan Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Shaharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama dan ramai lagi.

Naskhah terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu sudah menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura, sejak 18 April lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 02:06 PM | Show all posts
siapakah yg 'bertuah' tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nth la kn. Nmpk GSP tu je la manjang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kona2 lg..gayatri kan?xkn la minah tu syok sndiri tgk dr komen2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya la tu
Kat mana ntah Gaya kena iview
Gaya jwb tak tolak jodoh dgn Zul
Sapa je yg nak tolak jodoh dgn Zul kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:27 PM | Show all posts
Masih terbayang enoki mushroom bamjul terpost igs dulu tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah...semoga cepat2 kawin. Gayatri dah nak masuk 50 dah tu, dia pun nak ada anak.
Untung Zul, Gayatri kaya oo..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah yg bertuah tu si sarah kening? hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dgn Gaya dh mcm bam Remy jgk ...cari punya cari sana sini ,last2 kahwin dengan org yg sama jgk .
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
.
.
.
siapa yg malang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik gayah ke julporn? Oklah seswai sgt dgn uoollsss
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik gaya la tu.... Tp nnt susah nk dpt zuriat..high risk.. asalkan ko bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 28-4-2024 03:07 PM
bagus lah...semoga cepat2 kawin. Gayatri dah nak masuk 50 dah tu, dia pun nak ada anak.
Untung Zul,  ...

Gaya ni keje ape, kena convert dulu lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujrum abam zulriporn nmpk sedap
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikah ajalah ikut agama.. Senang jaga makcik tu senang ke mana2 bersama nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape sora zul dalam citer sheriff macam serak2? Sora macam tua dari usia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah acik gaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:13 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 28-4-2024 03:50 PM
Gaya ni keje ape, kena convert dulu lah ye

gaya bos heols lah, org besar gb

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jadi kahwin, siape lagi bertuah?
Zul atau perempuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tulip-rain replied at 28-4-2024 10:15 PM
Kalau jadi kahwin, siape lagi bertuah?
Zul atau perempuan tu.

Sedaplah acik gaya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.172649 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list