View: 2792|Reply: 8
|
Tak sangka lagu 12 tahun lalu tular semula hingga Indonesia
[Copy link]
|
|
Asmidar mencipta fenomena dengan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal, Ajai.
KUALA LUMPUR: Siapa sangka lagu yang pernah dihasilkan 12 tahun lalu kini kembali tular, sekali gus menjadi fenomena dalam media sosial.
Itulah rezeki tak disangka-sangka buat penyanyi Asmidar Ahmad.
Asmidar berkata, dia tidak menyangka lagu Biar Sampai Ke Bintang nyanyiannya kembali menghantui ramai terutamanya di platform TikTok.
"Sebenarnya saya terkejut bila tahu lagu Biar Sampai Ke Bintang tular. Saya tak tahu lagu ini popular semula kerana sibuk berniaga.
"Orang selalu cakap lagu saya sering lalu di For Your Page (FYP), jadi saya anggap ia perkara biasa bila orang guna lagu Biar Sampai Ke Bintang sebagai lagu latar.
"Bila ramai 'tag' di setiap posting, barulah saya tahu lagu ini sudah tular. Saya cuma tak sangka kenapa lagu Biar Sampai Ke Bintang kembali tular," katanya ketika dihubungi.
Lebih mengejutkan, Asmidar terharu apabila lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal, Ajai itu berjaya menembus sehingga ke Indonesia dan kini menjadi siulan.
"Bila orang Indonesia pula maklum pada saya yang lagu Biar Sampai Ke Bintang dah popular, itu buatkan saya teramat terkejut.
"Saya tak jangka fenomena itu sehingga ke negara seberang, saya terima banyak mesej peminat Indonesia.
"Mereka doakan karier saya semakin berkembang, jadi itu buatkan saya terkejut dan terharu.
"Ada juga yang ingat saya orang Indonesia. Inilah bagusnya ada media sosial, sebelum ini saya rasa sangat mustahil berlaku kepada saya, Alhamdulillah," ujarnya.
Dalam pada itu, Asmidar yang pernah menjuarai program nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011 itu tidak berkecil hati masih ramai tidak mengenalinya biarpun lebih sedekad bergelar penyanyi.
"Itu bukan satu perkara mengejutkan kerana suatu masa dahulu pun orang kenal saya melalui satu lagu sahaja iaitu Biar Sampai Ke Bintang.
"Kemudian saya akui karier nyanyian saya agak suram dan ini adalah peluang kedua buat saya.
"Saya anggap ini perjalanan yang mencabar dan asam garam dalam kerjaya saya," ujarnya.
Tambah pelantun lagu hits, Kali Pertama itu lagi, dia juga tidak mahu memikirkan tanggapan sesetengah pihak yang menggelarkan sebagai artis dipandang rendah ataupun 'underrated'.
Sebaliknya, Asmidar berkata mahu berkarya tanpa sebarang pengharapan atau sanjungan daripada mana-mana pihak.
"Itu bukan tugas saya untuk meletakkan diri saya di posisi tersebut. Apa yang saya lakukan untuk berkarya dan menyanyi kepada mereka yang sudi mendengar.
"Underrated atau tidak, itu bukan posisi saya. Selagi saya gembira dengan apa yang dihasilkan dan orang dapat menikmatinya, itu sudah buat saya bersyukur.
"Saya tak mahu hasilkan sesuatu demi mengharapkan penghargaan sesiapa, sebaliknya inilah jiwa dan ilham saya," tutupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia neh sora sedap tp tak top kaknab yg sora ala2 lg top |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah asmidar
rezeki lagu kmbali femes setelah 12thn berlalu
benda baik kita sokom |
|
|
|
|
|
|
|
oh dia rupanya penyanyi lagu ni
mmg viral betul lagu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada lagu OST drama tv3, dia nyanyi, fedtri yahya tulis lirik,pun sedap. Rasanya ada setengah penyanyi ni jenis tak promote. Ingat zaman moden ni nak meletops kena masuk radio, walhal media sosial yg utama. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooooohh..gigih aku bukak yt carik
Lagu tuh ghupernye.
Xsangka. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni platform tiktok memang paling cepat utk viral, artis2 dan recording company patut longgarkan sikit copyright issue. baru senang lagu2 nak viral. ini semua lagu seminit jer boleh upload,baru intro jer dah habis. camna nak viral. |
|
|
|
|
|
|
|
Content apa buat lagu ni viral..? |
|
|
|
|
|
|
|
siannya baru viral, tp lagu ni antara feveret i sb melodi dan liriknya best. suara asmidar pon kena je dgn lagu ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|