CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8701|Reply: 0

MotoGP: Pecco Bagnaia ‘kuasai’ Litar Jerez

[Copy link]
Post time 29-4-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Bagnaia (tengah) meraikan kemenangan yang dilakar dalam perlumbaan GP Sepanyol bersama Marquez dan Bezzecchi di podium sebentar tadi. - Foto ihsan MotoGP

JEREZ – Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk mendominasi perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol pada saingan MotoGP di Litar Antarabangsa Jerez sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia yang lebih mesra dengan gelaran Pecco telah menerima tentangan sengit daripada jaguh Gresini Racing yang juga juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Bagaimanapun, Pecco berjaya mempamerkan ketenangan untuk kekal mendahului sehingga ke garisan penamat dengan Marquez terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala Marco Bezzecchi yang mewakili VR46 melengkapkan kedudukan podium.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Pecco di Jerez sekali gus membantunya merapatkan jurang mata pada carta perebutan gelaran dunia musim ini.

Selepas mengharungi empat perlumbaan GP, jaguh Pramac, Jorge Martin kekal mendahului dengan 92 mata disusuli dengan Pecco (75 mata) dan tempat ketiga diraih oleh Enea Bastianini (70 mata). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kuasai-litar-jerez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046542 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list