CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6304|Reply: 0

Azlan akui Hafizh mampu dorong buru gelaran Asia kedua

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Azlan ketika pusingan kedua ARRC di China. - Foto TKKR BMW Racing Team

KUALA LUMPUR: Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman mahu mengekalkan momentum yang diperoleh pada dua pusingan awal Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sekali gus mencapai misinya memburu gelaran Asia buat kali kedua.

Juara sulung kelas Asia Superbike (ASB1000) yang mula diperkenalkan pada 2019 itu berkata, dia mempunyai pakej yang baik untuk merebut gelaran berkenaan meskipun sedar saingan kali ini tidak mudah apatah lagi disertai rakan senegara, Hafizh Syahrin Abdullah.

"Memang boleh (merebut gelaran juara) sebab saya yakin dengan penjagaan kecergasan saya. Saya menggandakan aspek kecergasan yang lebih pada tahun ini.

"Saya pun sudah menjelang usia yang agak lanjut.


"Jadi untuk bersaing dengan pelumba muda, saya kena gandakan usaha saya, jadi saya akan berusaha dengan lebih baik," kata Azlan yang mencecah usia 40 tahun pada tahun ini.

Pelumba pasukan TKKR BMW Racing Team itu mempamerkan persaingan sengit pada dua pusingan musim 2024 iaitu di Thailand dan China dengan dirinya kini sudah mengumpul 52 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan manakala Hafizh (JDT Racing Team) di tempat ketiga, 45 mata.

Pelumba Indonesia yang mewakili pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Andi Farid Izdihar ketika ini memimpin carta di kedudukan teratas dengan 65 mata menjelang saingan selepas ini dijadual berlangsung di Litar Motegi, Jepun dari 7 hingga 9 Jun ini.

"Bagi saya keputusan setakat ini baik untuk saya dan pasukan. Kena kekalkan momentum ini untuk kita terus mengutip mata berharga. Bagi saya, saya mempunyai pakej yang begitu baik, jentera BMW juga baik dan adanya Hafizh pun satu pakej yang baik.

"Jadi ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk peminat saksikan di setiap perlumbaan," kata Azlan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -gelaran-asia-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055601 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list