CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3068|Reply: 24

'Saya ampun, halalkan semua'

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Wan Maimunah berharap diberi semangat, kesabaran dan kesihatan baik dengan semua urusan ibadat, dipermudahkan Tuhan ketika mengerjakan fardu haji. - NSTP/Rohanis Shukri





KUALA LUMPUR: Jika segala-galanya lancar, genap seminggu lagi, pelakon veteran, Wan Maimunah bakal menjadi antara jemaah pertama yang berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menyahut panggilan haji.

Menjelang detik yang cukup bermakna itu, hanya doa mampu dipanjatkan seniwati terkenal ini. Beliau cukup berharap agar diberi semangat, kesabaran dan kesihatan yang baik dengan semua urusan ibadat, dipermudahkan Tuhan.

Justeru, apa sahaja permasalahan dan isu yang selama ini membebani diri serta meracuni fikiran, Wan Maimunah atau nama sebenar, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 70, mahu melupakan semuanya. Beliau berharap perjalanan kerohaniannya itu diiringi ketenangan dan mendapat keberkatan Ilahi.

"Sejujurnya, tidak ramai yang tahu saya akan menunaikan haji. Jadi, saya harap janganlah ada sesiapa yang marah atau berkecil hati hanya kerana saya tidak beritahu.

"Ketika pergi umrah, saya tidak beritahu sesiapa. Jadi, sesiapa yang tahu berita ini (bakal berangkat tunaikan haji), sama ada kawan, rakan artis atau peminat, saya mohon ampun dan maaf.

"Untuk awak semua, saya sudah maaf dan halalkan segala-galanya. Kepada mereka yang masih berhutang dan 'kapur' duit saya, saya halalkan.

"Insya-Allah, saya mohon kepada Allah yang saya takkan sebut nama atau buka aib anda. Cuma saya merayu anda diberi hidayah dan tidak lagi menipu orang lain pada masa akan datang.

"Saya mahu tutup buku dan berangkat ke Tanah Suci dengan tenang," katanya kepada BH Online.

Mengimbau detik awal mendapat perkhabaran gembira dirinya bakal menjadi tetamu Allah, pelakon drama rantaian Tak Sempurna Mencintaimu itu mengakui sukar baginya percayakan berita itu.

"Ketika mula-mula dapat panggilan, saya sangat terkejut. Saya tidak pernah dipanggil untuk mengikuti kursus haji sebelum ini.

"Bahkan, saya sangka ada 'scammer' yang cuba perdaya saya. Justeru, apabila dapat tahu panggilan untuk menunaikan haji itu sahih, saya bukan sekadar menangis tetapi meraung.

"Saya bukanlah seorang insan yang sempurna. Saya juga pendosa. Walaupun amal ibadat saya tipis, saya tahu Allah menyayangi saya.

"Justeru, apabila mendapat seruan haji dalam tempoh secepat ini, saya sangat terharu," katanya yang akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.
Wan Maimunah (empat dari kiri) bakal berangkat ke Tanah Suci, Jumaat depan. - NSTP/Rohanis Shukri
Wan Maimunah (empat dari kiri) bakal berangkat ke Tanah Suci, Jumaat depan. - NSTP/Rohanis Shukri

Wan Maimunah percaya peluang yang datang itu adalah hasil doa yang dipanjatkan ketika menunaikan umrah pada Disember 2022.

"Saya pernah tunaikan umrah sebelum ini. Saya akui, memang tidak puas. Saya tidak puas hendak duduk depan Kaabah lama hingga terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

"Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah bahawa saya tidak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.

"Saya tidak sempat buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Justeru, saya mohon kepada Allah diberi kesempatan tunaikan haji sebelum saya pejam mata.

"Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Alhamdulillah, doa saya untuk sempurnakan rukun Islam kelima dimakbulkan," katanya.

Pemenang trofi Artis Komedi Wanita Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu ditemui pada majlis Tausiyah Ilmiah dan kenduri doa selamat di Kampung Batu Muda, di ibu negara, kelmarin.

Majlis diadakan di kediaman anak angkat aktres berwibawa itu iaitu Datuk Seri Kamaruzzaman Mohd Nor dan isteri, Datin Seri Zuhaila Razali yang turut menyaksikan kehadiran pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim Elias untuk menyampaikan tazkirah kepada tetamu.

Antara rakan artis turut meraikan majlis, termasuk Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, Anne Abdullah, Amran Nasruddin dan anak saudaranya, Wan Sharmila.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan utk acik dan semua jemaah juga....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan dan mendapat Haji mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:59 PM | Show all posts
Alhamdulillah... semoga mendapat haji yang mabrur... suka tgk dia berlakon... air mata mudah beno keluor nya... Moga dipermudahkan segala urusan beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:15 PM | Show all posts


Tahniah kpd WM terpilih menjadi tetamu Allah pda 2024. Semoga WM sehat, mudah menjalani aktiviti haji serta mendpt haji mabrur. Selamat, good luck.




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah iols pun dapat panggilan haji tahun ni. 21 ni berangkat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga mendapat haji mabrur. btw ramai bethol anak angkatnya. silih berganti
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang seronok bila dgr orang nak pergi haji, semoga dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 05:09 PM | Show all posts
Selamat beribadah haji, semoga sehat selalu saat di tanah suci, kembali ke tanah air dengan selamat dan menjadi haji mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Entah napa bila baca rasa nk nangis pula.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 02:59 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
aku nak g aji usia muda ni
semoga Allah jemput la kita semua despite dosa menggunung ni...
semoga semua diberi keluasan rezeki ruang dan masa utk pegi naik haji
Amin Ya Rabb
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:10 PM | Show all posts
tetiba rasa sebak uols baca ni. aishhhh factor umur kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Best boleh hidup sampai 70.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehtu lagik best masih sihat, badan masih boleh jalan tegak. Hoh. Best.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah ... Semoga mendapat haji yg mabrur dan dipermudahkan segalanya. Tumpang gembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 04:17 PM | Show all posts
Alhamdulillah...moga dimudahkn urusan WM semasa mengerjakan ibadah haji nnti & moga mndapat haji yg mabrur
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yg mabrur
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga Allah mudahkan urusan WM. Iols tak boleh tengok orang tua2 pergi haji. Kerja haji tu berat, semoga WM diberikan kesihatan baik dikurniakan teman2 Yang boleh Bantu nak buat ibadat semaksimum termampu.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 5-5-2024 04:17 PM
Ayah iols pun dapat panggilan haji tahun ni. 21 ni berangkat..

tahniah utk ayah kurex. Semoga mendapat Haji yang mabrur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.757286 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list