CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

Prestasi Acosta tarik perhatian Rossi

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

ACOSTA diramal mampu merebut kejuaraan musim ini walaupun baru kali pertama bersaing dalam kelas premier MotoGP. - AFP

MADRID – Pedro Acosta telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang penunggang terbaik Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) biarpun baru mengharungi empat pusingan musim ini selepas berjaya ‘menyelinap’ untuk berada pada kedudukan keempat keseluruhan.

Legenda MotoGP dunia, Valentino Rossi menggambarkan prestasi cemerlang dipamerkan Acosta merupakan peluang yang baik untuk sukan permotoran kerana pelumba muda berusia 19 tahun itu berjaya memberikan saingan yang hebat dalam litar.

“Ia sesuatu yang baik untuk sukan kerana apabila seorang pesaing baru tiba dalam kejuaraan dan berjuang untuk kemenangan perlumbaan, semua orang mula mengikutinya.

“Saya ingin melihat di mana beliau boleh berakhir nanti berdasarkan kejayaan yang telah dicapai Acosta dalam kerjayanya ketika ini sangat luar biasa.

“Dia memenangi dua kejuaraan dunia (Moto2, Moto3) dalam tiga tahun dan dijangka melakukan sesuatu yang istimewa musim ini.

“Saya tahu dia sangat hebat dalam perlumbaan MotoGP, tetapi saya tidak menjangkakan ia akan berlaku begitu awal dan ini agak mengejutkan bagi semua orang, Saya fikir sukar bersaing dengannya di masa depan,” kata Rossi.

Dalam masa sam, Rossi turut menasihatkan pelumba-pelumba lain agar lebih berwaspada dengan kehadiran Acosta.

“Pada masa ini, (Jorge) Martin lebih baik, manakala Pecco (Bagnaia) telah beberapa kali melakukan beberapa kesilapan kecil. Jadi, Martin mempunyai kelebihan dalam kejuaraan, tetapi musim ini sangat panjang.

“Anda mempunyai banyak pesaing berjuang merebut kejuaraan, sekurang-kurangnya lima atau enam seperti Acosta dan Vinales, jadi segalanya terbuka,” tambah Rossi. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ik-perhatian-rossi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.165647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list