CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4203|Reply: 9

[Jenayah] OKU maut disamun, kaki dan tangan diikat, mulut disumbat kain

[Copy link]
Post time 8-5-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode
OKU maut disamun, kaki dan tangan diikat, mulut disumbat kain



Anggota polis dilihat melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.


MOHD ISKANDAR OTHMAN

08 MAY 2024 10:09 PM

PERMATANG PAUH - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangannya diikat selain mulut disumbat dengan kain dalam kejadian samun di sebuah rumah di Guar Perahu, di sini pada pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, ibu mangsa yang berusia 70-an turut ditemui diikat kaki dan tangan dengan 'cable tight' serta mulut disumbat dengan kain dalam bilik berasingan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kejadian berkenaan disedari oleh bapa mangsa berusia 80-an yang mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak sebelum membuat pemeriksaan di bilik isteri dan anak yang berusia 40-an.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati tempat kejadian merupakan rumah kampung dua tingkat dan hanya mereka bertiga tinggal di dalam rumah berkenaan.


"Pada jam 6.30 pagi, bapa mangsa yang tidur bilik berasingan mendapati keadaan rumah berselerak dipercayai disamun membuat pemeriksaan ke bilik isterinya dan menjumpai wanita itu dalam keadaan diikat, mulutnya disumbat dengan kain dan mengalami cedera di bahagian jari kanan.

"Pemeriksaan dibuat di bilik anaknya yang merupakan OKU bisu pula mendapati dia juga diikat dan mulutnya disumbat dengan kain namun dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Rabu.


Helmi berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya di hantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Sementara itu, Helmi berkata, siasatan yang dilakukan mendapati dua orang suspek dipercayai terlibat dengan kejadian samun berkenaan dan mereka dipercayai bersenjatakan parang ketika melakukan jenayah berkenaan.

Jelasnya, selepas berjaya masuk dan mengikat mangsa, suspek kemudiannya menggeledah rumah sebelum melarikan barang berharga, wang tunai serta sebuah televisyen.

"Ekoran kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40-an bagi membantu siasatan dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk lima berkaitan dadah.

"Siasatan lanjut masih kita jalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,"katanya.

Dalam pada itu, Helmi meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan melihat kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Assan Alimudin di talian 012-4418081 atau di mana-mana balai polis berhampiran.


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/663697

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tangkap tu, tak payah buh dalam penjara.. seksa kaw2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
eh jap kompius baca bapa ada dlm bilik asing tak dgr eh depa ni menyamun dlm rumah tu
salam takziah buat keluarga
pelaku ada rekod jenayah lampau haaaa mmg elok lah kau pergi lepaskan lahanat2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah jahatnya..nak samun samun jelah takyah libatkan nywa dan fizikal mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 9-5-2024 11:05 AM
eh jap kompius baca bapa ada dlm bilik asing tak dgr eh depa ni menyamun dlm rumah tu
salam takziah  ...

rumah besar sgt ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:25 AM | Show all posts
pendadih ptut le keje menyamun je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Setan. Sila Hukum kaw-kaw binatang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga mangsa.

keji la tkg samun pun, org tua pastu oku apa sgt depa blh buat beria sgt ikat pelbagai.
belah2 kg sana mmg byk betul kejadian samun menyamun pemakan dadah ni. cuma mangsa tu mati dgn tak je.
kuat pil kuda pun yer jugak.
tapi makanan murah2 dan sgt larr sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 11:30 AM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 9-5-2024 11:05 AM
eh jap kompius baca bapa ada dlm bilik asing tak dgr eh depa ni menyamun dlm rumah tu
salam takziah  ...

bapa nyenyak tido kat bilik atas kot, tak sedar apa yg berlaku kat bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sian si anak tu bisu, jerit pun tak boleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.389087 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list