CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7404|Reply: 61

[Tempatan] Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?

  [Copy link]
Post time 9-5-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?


Jawapannya Ya dan Tidak.

Ya sebab memang ada yang rasis

Ya sebab mungkin bukan selera mereka.

Ya sebab sikap kita sendiri terhadap mereka.

Tidak sebab banyak saja kedai-kedai masakan orang Melayu yang penuh dengan orang bukan Melayu terutamanya kedai makan kari ikan di mana kari ikan Melayu lebih sedap berbanding dengan kari cina.

Tidak sebab orang cina tak masuk kedai seafood Melayu kerana seafood orang Melayu tak boleh lawan cara orang cina masak seafood yang lebih suka kepada kesegaran asli lauk yang di masak berbanding seafood Melayu yang lebih kepada banyak rempah ratus dalam masakan.

Sebenarnya peniaga makanan Melayu lebih berpotensi untuk mendapat pelanggan tak kira bangsa dan agama atas faktor halal berbanding dengan kedai makan bukan Melayu yang sudah pasti orang Melayu Islam tak akan masuk.

Kempen menyokong kedai Melayu Islam adalah bagus tapi bukan dengan cara mencaci pelanggan bukan Melayu yang mungkin berpotensi untuk menjadi pelanggan kedai kita.

Datanglah ke Bukit Mertajam lihat sendiri kedai-kedai makan Melayu penuh dengan orang cina, mereka tak kisah pun harga makanan mahal asalkan makanan itu memenuhi citarasa mereka.

Makanya pedulikan yang rasis tapi cuba tarik  dengan penuhi citarasa mereka dan dengan menjaga adab sebagai seorang peniaga islam.

Pedulikan yang kata nak jaga hati siapa kerana kita adalah peniaga dan memang kita kena jaga hati bakal pelanggan kita, yang untung dan rugi adalah kita bukan orang yang kata nak jaga hati siapa.

Nota gambar: Kedai Pak Hassan Padang Lalang yang menjadi kegemaran orang cina makan di sini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Majority regular customer aku adalah chinese dan loaded kelantanese.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:18 PM | Show all posts
bukan melayu selalunya nak makan babi dan minum arak

ada juga bukan melayu yg tak makan babi dan tak minum arak

i think not on race, but more towards food preference
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda la dia bedal skrg ni.nasi kerabu,nasi kukus..even kedai nasi ayam melayu ada je cina.mamak jgn ckp la pagi ptg siang mlm dia jee.dulu2 mana ada sgt.sampaikan nasi ganja kt ipoh tu ayam dah  x pedas maybe sbb cina suka melantak situ
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gerai melayu jual ayam goreng, yg beratur panjang semua non malay. Aku malas nak beratur.. kadang2 klo xde orang cepat2 aku beli..

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tengok gerai2 nasi lemak kat area lembah kelang ni penuh dengan pelanggan cina beratur. Kedai2 Melayu pun ramai juga bergantung kepada tempat. Rasanya ikut selera kot. Kalau kedai jual makanan minang pedas2, orang tak makan pedas kurang nak masuk la kot tak kira bangsa. Kalau tengok food review, ramai reviewer cina review kedai melayu juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 06:01 PM | Show all posts
jaga kebersihan, kualiti makanan, inshaAllah pintu rezeki terbukak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk kat AFN ada restoran kari kepala ikan melayu kat balik pulau
customer dia mostly cina
one day kalau pi penang teringin gak nak try

setakat ketapang tu overrated lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
i pun sama sbb mmg tak mkn sgt..tp kalau order grab beli la jgk
kalau mkn kedai mmg lama dah x..asal keluar je mkn restoran korea,chinese food la..fast food la..itu je yg kena ngn tekak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai melayu nasi campur murah katanye bg depa lauk byk pilihan..org2 melayu lak gi mkn kedai2 no pork, muslim friendly, pork free etc

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aunty i jual nasi lemak elok je cina membeli.

Penting kena sedap la. Tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerai nasi lemak kt tempat aq ni ramai je cina g makan kat sana,sebab sambal nasik lemak dia manis ada sikit pedas,harga pon berpatutan makanan sedap pasti org beli punya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak betul...

Aku kalo tengok ramai chinese makan kedai melayu tu.. makna nya masakan kedai tu CONSISTENTLY SEDAP
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau masak tak sedap takyah main racist card la
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
jika kedai tu org cina makan, confirm sedap
tpi bab seafood tu betul lah, memang sedap Chinese masak
ada satu kedai tempat aku tu, kawan aku ajak makan seafood Chinese memang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 9-5-2024 06:55 PM

Jawapan nya tak...Cina pergi kedai Melayu kalau sedap.

Sebab meols tahu kedai mana yang sedap dan akan selalu jumpa Cina.

Kalau Kedai Laksa, Kuay tiaw dan Nasi Ayam dekat dengan Masjid Kg. Selabak Teluk Intan tu ada Cina² muda kerja dengan Medicare makan kat situ.

Meols pun tak tahu macam mana Cina Cina tu boleh tahu kedai tu masakan nye sedap....yg bgtau adik angkat meols , dia kata kedai tu masakannya sedap

Adik angkat meols pun suka makan kat situ ,memang tempat wajib singgah kalau ke Teluk Intan atau dari arah Perak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 9-5-2024 06:59 PM
cmf_almondpecan replied at 9-5-2024 05:49 PM
Saya tengok gerai2 nasi lemak kat area lembah kelang ni penuh dengan pelanggan cina beratur. Kedai2  ...


Meols kurang sikit kalau makanan Nasi Padang

Tapi masakan Cina dan Thai boleh masuk tekak

Paling suka Chinese Cold Soft Tofu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:57 PM | Show all posts
tak kena dengan selera diorang, itu je

sebab kalau harga, kedai cina macam lagi mahal je dari kedai melayu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kat area iols dulu butterworth berlambak org cina makan kedai masakan berlauk org melayu. tp kedai lama2 yg betul2 sedap tu la.
pastu kedai seafood paksu nasi ketam juru tu ramai je cina makan kdg2 segerombolan dtg.
ikut tekak masing2 la kot. kalau kene dgn citarasa depa makan je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-5-2024 06:56 PM
Meols kurang sikit kalau makanan Nasi Padang

Tapi masakan Cina dan Thai boleh masuk tekak

Sedap nya tofu ni. Lama dah tak masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.541982 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list