CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9902|Reply: 2

[Dunia] Pempengaruh maut ditembak di restoran

[Copy link]
Post time 10-5-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mangsa ditembak tiga kali dalam sebuah restoran di di bandar Quevedo, Ecuador. Landy Parraga Goyboru (kanan) - Foto agensi

QUITO: Seorang pempengaruh media sosial terkenal Ecuador dilaporkan maut ditembak di sebuah restoran di bandar Quevedo selepas memuat naik menu sotong kurita 'ceviche' dalam akaun Instagram miliknya.

Ketika kejadian, Landy Parraga Goyboru, 23, sedang makan tengah hari bersama seorang rakannya sebelum didatangani dua lelaki yang memasuki sebuah restoran selepas menjejaknya hingga ke premis itu.

Kejadian tembakan dirakamkan kamera CCTV dalam restoran tersebut di mana pempengaruh itu ditembak sebanyak tiga kali sebelum penyerang melarikan diri.


Dalam rakaman sama, dia dilihat sedang terbaring dan dipercayai sudah meninggal dunia, bagaimanapun motif kejadian tidak diketahui.

Selepas kejadian itu tular, beberapa spekulasi timbul dan mendakwa Goyboro disyaki pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pengedar dadah bernama Leandro Norero.

Norero meninggal dunia dalam rusuhan penjara pada penghujung tahun 2020. Namun, kematian pengedar dadah itu tidak dapat disahkan dan polis mengesyaki isterinya mengarahkan pembunuhan pempengaruh itu.

Spekulasi lain menyatakan pembabitan Goyburo dengan kumpulan ketua samseng terkenal dan siasatan rasuah yang mengaitkan pegawai kehakiman dengan jenayah terancang.

Bagaimanapun, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif kejadian dan tindakan mangsa memuat naik makanan dalam akaun instagram miliknya berkemungkinan berlaku hanya kebetulan semasa dia diserang dalam restoran itu.

Goyburo yang mempunyai 180,000 pengikut Instagram, terkenal sebagai model yang menggayakan pakaian sukan hingga penyertaan dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Ecuador 2022. - Sinar Harian memetik agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 10:47 AM | Show all posts
yg ni sape pulak yang pegang
berkurun dah kes2 mcm ni


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
skandal pengedar dadah gitu
puas hati bini tu agaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059310 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list