CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9757|Reply: 10

[Tempatan] Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan

[Copy link]
Post time 10-5-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta. - Foto Sinar Harian

KOTA TINGGI: Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di kilometer (KM) 1.0 Jalan Bandar Penawar- Punggai, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut di lokasi berkenaan sekitar jam 6.50 petang daripada orang awam.

“Siasatan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis KIA RIO yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun dan motosikal jenis Ego Solariz yang ditunggang dua pelajar lelaki berkenaan.


“Kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang motosikal Ego Solariz mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal patah tangan kiri dan pemandu kereta KIA RIO tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pelajar yang cedera kini dirawat di Hospital Kota Tinggi dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabitkan kesalahan, penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga 50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun. - Sinar Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 11:42 AM | Show all posts
Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabitkan kesalahan, penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga 50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.


Seksyen ni memang menakutkan .. tak pasal2 kena penjara ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:49 AM | Show all posts
Lokasi macam kat simpang.
Samada muto nak masuk atau keluar simpang, komdian keta dari jalan utama mai langgar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:52 AM | Show all posts
budak 14 tahun tu sah sah takde lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:57 AM | Show all posts
Budak2 tu sebaya kah?
So 14 thn, xde lesen le.
So parents kene charge negligence la jgk ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:08 PM | Show all posts
hujung mgu hari tu ada lalu jln yg ada accident
mayat tgh jalan lagi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 10-5-2024 11:42 AM
Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabitkan kesalahan,  ...

kalau tak dpt bayar denda, sambung penjara tu . kan .
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:59 PM | Show all posts
kepompong replied at 10-5-2024 12:47 PM
kalau tak dpt bayar denda, sambung penjara tu . kan .

... ha ahh ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut la....maybe perempuan obviously saja langgar ke caner

Sampai kena penjara bagai
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 10-5-2024 11:42 AM
Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika disabitkan kesalahan,  ...

Itu pasal kalau buat report eksiden...polis Akan Tanya mcmana dengan keadaan yang dilanggar tu terutama motor..
Kalau okay takde apa..polis okay je
Cuma kalau melibatkan kematian..mmg panjang cerita...
Ni polis cakap kat iols masa moto langgar kete iols 2 tahun lepas...
Moto yang melanggar kete iols tu mujur takde apam.cuma terkejut jelah sebab Dah langgar kete iols kan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman dulu2 i ada kawan yg accident sesama motor, yg melanggar dia tu meninggal... tapi kes tak selesai pun.... baru2 ni tanya pasal kes tu (lebih 25 tahun) dia kata mmg takde masuk court pun walaupun lawyer ada contact dia. tak sure sebab apa.. Agaknya zaman  dulu2 takde dashcam/socmed. nak buktikan siapa bersalah pun susah. Cuma mungkin sbb yg melanggar dari belakang tu yg mati, so macam kes tangguh pun tkpe . Dulu2 ikut undang2 siapa yg melanggar dari belakang yg salah . kan. Zamn skrg punya undang2 i tak sure sama ke tak  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063092 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list