CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5190|Reply: 16

[Tempatan] Sekali lagi bah, rumah akan lenyap

  [Copy link]
Post time 10-5-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
'Sekali lagi bah, rumah akan lenyap'
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
10 Mei 2024 03:22pm

Din dan isteri menunjukkan rumah yang dihuni roboh, malah ada sebahagiannya telah dihanyutkan arus pada bah Disember lalu di Kampung Tersang di Rantau Panjang.


RANTAU PANJANG - Kesan bah pada Disember lalu menyebabkan rumah yang dihuni sebuah keluarga di Kampung Tersang di sini roboh, malah ada sebahagiannya telah dihanyutkan arus.

Kurang beberapa bulan lagi, musim tengkujuh yang akan kembali melanda kampung itu membuatkan Din Abd Rahman, 50, bersama tujuh lagi ahli keluarganya 'takut' memikirkan nasib yang akan dihadapi mereka nanti.

Mana tidaknya, berkemungkinan besar rumah tersebut akan lenyap jika bah melanda kampung berkenaan.

"Jika diikutkan situasi tahun lepas, bulan Oktober kawasan di sini sudah dilanda banjir.

"Kami sukar tidur malam apabila memikirkan andaian orang ramai berdasarkan pengalaman lepas mendakwa tahun ini akan berlaku banjir besar kerana kemarau teruk yang melanda sekarang sepertimana pernah berlaku 10 tahun lalu pada 2014," katanya yang merupakan seorang penoreh getah kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.

Din menunjukkan ruangan yang runtuh akibat banjir melibatkan dapur serta dua buah bilik tidur.

Din memberitahu, lebih membimbangkan lagi apabila sejak tebatan banjir dibina suasana bah di sini sukar diramal.

Ujarnya, tahun lepas mereka perlu menghadapi empat kali banjir dan paling memburukkan lagi keadaan airnya sukar surut.

Menurut dia, beberapa pihak ada berjanji untuk membina semula rumah mereka yang roboh namun sehingga sekarang sepi begitu sahaja.

"Saya, isteri serta anak-anak dan cucu yang tinggal di sini berharap sangat, baik pulih rumah ini dapat disegerakan untuk elak kejadian lebih buruk.

"Sekarang ini kami terpaksa berhimpit dalam ruangan sempit serta turut menumpang teduh di rumah rakit yang dibina sebelumnya," katanya.

Din dan ahli keluarga turut menumpang teduh di rumah rakit yang dibina sebelumnya

Din memberitahu, bukan mereka tidak cuba untuk membaiki kerosakan yang berlalu namun duit yang ada sekadar cukup untuk makan dan minum.

Menurut dia, rumah yang berusia 35 tahun itu merupakan tempat mereka berteduh sejak dahulu lagi.

Katanya, ruangan yang runtuh akibat banjir melibatkan dapur serta dua buah bilik tidur.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7056209333 Din Abd Rahman.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
3 generasi duduk rumah mcm tu, dah le 2 bilik je.  Anak2 tak reti ke nak naikkan taraf hidup?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk ramai2 dh mcm sardin.
yng dh kawen tk reti nak cari rumah lain ke?
Orng dlam rumah ramai kot.Klau gotong royong baiki ape yng patot iols rasa boleh je.cuma malas kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak ada cerdik pandai initiate kerajaan negeri banjir untuk buat rumah floating??? Iol pelik sebab saban tahun banjir berulang. Tak de ke yang boleh kurangkan kerugian negeri2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah kecam anak-anak yang "tak reti" menaikkan taraf hidup. Mungkin mereka tidak boleh berhijrah ke Shah Ale atas faktor tertentu, lalu terpaksa tinggal di Kelate, apalah sangat kerja yang ada di Kelate? Nak jadi buruh kasar, petani kecil-kecilan, penoreh getah, jual air balang, jual bundle boleh la. Bukan semua orang Kelate boleh jadi cikgu. Kecamlah kerajaan PAS tetapi siapkan telinga anda untuk dengar cerita jadi anak tiri selama setengah abad.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cashewnut replied at 10-5-2024 08:03 PM
Kenapa tak ada cerdik pandai initiate kerajaan negeri banjir untuk buat rumah floating??? Iol pelik  ...

Nevermind floating houses, dah tiap tahun pun banjir tetaplah buat rumah atas tanah tak reti ke buat on stilts. Pastu rumah dah herot harap org ramai atau gomen lak betulkan. Esok banjir teruk lagi rumah herot belah sana pulak minta lagi derma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu pmx datang bagi bantuan ke..mp rantau panjang Kak Melah tudong laboh buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dia x tua lg.. jiran2 iolss dah 60an pun steady je jogging,berkebun depan rumah...knp la ramai2 dlm rumah x gotong royong kemaskan rumah...sanggup deme hadap rumah gini..mcm x de rs kesian kat mak bapak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti orang PAS ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan pakcik sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-5-2024 06:40 PM
3 generasi duduk rumah mcm tu, dah le 2 bilik je.  Anak2 tak reti ke nak naikkan taraf hidup?

Masing2 tunggu bantuan
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok lantai dinding papan tu elok je sebenarnya. Takkan nak hayun hammer pun tak larat kot. Paling tidak pun sehari sekeping bg betul lama2 cun rumah tu. Nak rumah free try mohon bantuan bina rumah dkt ketua kg. Skim apa tah lupa lak. Asalkan tanah tu tanah sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di negara maju,kerajaan akan offer utk beli tanah tu dan penduduk pindah ke rumah lain. Tanah itu dibiarkan kosong kerana ia kawasan banjir.

Dalam kes ini, baiki rumah seakan sia-sia jika masih rumah kayu. Bila berlaku banjir,rumah akan rosak balik. Sama ada buat rumah batu yang tinggi atau tinggal dalam rakit sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:40 AM | Show all posts
sabit liew taknak enterprem ke nyah? inilah masanya sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 10-5-2024 08:06 PM
Janganlah kecam anak-anak yang "tak reti" menaikkan taraf hidup. Mungkin mereka tidak boleh berhijra ...

Naik je bas je bas ke shah ale.....
Tu pun tak reti....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 10-5-2024 09:31 PM
Masing2 tunggu bantuan
Hahaha

Duduk ramai² sampai 2 3keturunan dlm rumah yg sama.
Sekor pon xtergerak nk hayun tukul perbetul apa yg patot.
Lg sanggup duduk dlm keadaan mcm tu sampai umah roboh patu melalak mintak bantuan.
Siyes. Pelik aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 11-5-2024 01:10 PM
Duduk ramai² sampai 2 3keturunan dlm rumah yg sama.
Sekor pon xtergerak nk hayun tukul perbetul a ...

Memang Ada orang gitu uols .
Saje je bagi nampak buruk.rumah tu
Nanti berbondong2 bantuan dapat...
Maknanya.lepas elok rumah tu...dok la balut2 tembakau depan rumah sambil sembang2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.116689 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list