CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8904|Reply: 3

[Tempatan] Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri Mohd Rafi Abd Razak (kanan) dan Anis Amalina Mazlin (kiri) ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan sepasang suami isteri untuk mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh yang didakwa cuai menjaga anak mereka sehingga bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia akibat tersedak susu, tahun lepas.

Hakim Zawiyah Saad membenarkan permohonan Mohd Rafi Abd Razak, 26, dan Anis Amalina Mazlin, 28, selepas kedua-dua wanita berusia 58 dan 35 tahun itu gagal memasukkan kehadiran untuk menjawab saman mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, yang mewakili pasangan suami isteri itu, memaklumkan pemberita bahawa mahkamah telah merekodkan penghakiman ingkar pada 7 Mei lepas dan membenarkan tuntutan saman yang difailkan mereka.


"Namun tarikh baharu untuk penetapan kos masih belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata anak guamnya telah memfailkan saman mengikut prosedur dan teratur namun kedua-dua defendan yang merupakan anak beranak itu lewat untuk memasukkan kehadiran bagi menjawab saman.

"Difahamkan defendan juga telah melantik peguam selepas penghakiman ingkar direkodkan oleh mahkamah," katanya yang dibantu peguam Nur Fatin Syakinah Kamarudin dan Noor Syazwani Mohamad Yusri.

Menerusi saman yang difailkan pada 9 April lepas, pada hari kejadian (15 Jun 2023) Mohd Rafi telah menghantar anaknya ke rumah defendan sekitar 6.48 pagi namun pada 11.40 pagi, beliau menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anaknya dalam keadaan lemah dan tidak bernafas serta menggesanya untuk pulang segera.

Mohd Rafi berkata beliau meminta pengasuh menghubungi ambulans dengan kadar segera bagi mendapatkan bantuan perubatan dan dimaklumkan kemudian bahawa anaknya telah dibawa oleh ambulans ke hospital namun tidak mengetahui hospital mana menyebabkan beliau bergegas ke Hospital Putrajaya.

Beliau mendakwa defendan tidak menemani dan telah membiarkan anaknya berseorangan di dalam ambulans serta tidak mengambil peduli keberadaan atau hala tuju ambulans yang menunjukkan bahawa defendan tidak peduli keadaan anaknya ketika itu.
"Pihak Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan anaknya sudah tidak bernafas meskipun bantuan kecemasan telah diberikan dan mengesahkan bahawa bayi itu meninggal dunia pada 12.17 tengah hari pada hari yang sama.

"Saya dimaklumkan bahawa keadaan perut anak saya dipenuhi dengan susu apabila terdapat banyak susu yang keluar melalui mulut dan hidungnya ketika bantuan kecemasan diberikan," katanya dalam pernyataan tuntutan.

Mohd Rafi mendakwa kematian bayinya adalah disebabkan pengabaian dan kecuaian defendan yang memberi susu secara berlebihan tanpa pemantauan serta perhatian yang penuh dan rapi.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi lebih RM100,000 daripada kedua-dua defendan antaranya ganti rugi kesedihan, ganti rugi khas dan faedah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hui
Selambe je tak datang court
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh bayi sebegini selayaknya dihukum gantung iya.

Dah beratus ka beribu kot kes terlepas begitu saja. So sial. Sama dengan bamgsat2 yang pi bunuh orang sebab tak reti bawa kereta/motor/lori.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kes yg mana ya???
blh plak masa ke hosp tu pengasuh tak naik ambulans skali??? biasa ma akan suruh teman skali lagi la bby kot.
dah la tak tnya anto ke hosp mana.

hrpnya kalah saman biar mereput membayar pastu tak masuk jail plak ye??ke diikat jamin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.062765 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list