CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5982|Reply: 1

[Perlis] 26 motosikal penuntut UniMAP musnah terbakar

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 26 motosikal penuntut UniMAP yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki di Pauh, terbakar awal pagi tadi. - Foto NSTP/Aizat Sharif

ARAU: Sebanyak 26 motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki di Pauh, terbakar awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.40 pagi di Blok B, Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) Pauh Putra turut membabitkan kerosakan kecil 10 motosikal penghuni asrama berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, seramai enam anggota diketuai Penguasa Bomba Kanan II Megat Zairilnizam Ahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikerah ke lokasi kejadian.

"Bomba menerima panggilan kebakaran sekitar jam 4.41 pagi dan mendapati api sudah pun merebak sehingga memusnahkan dan merosakkan 36 motosikal.


"Motosikal berkenaan mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 5.13 pagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, ketika dihubungi berkata, berdasarkan pemeriksaan dan disahkan pengetua blok berkenaan hanya 26 motosikal terbakar, manakala 10 lagi mengalami kerosakan kecil.

"Punca kebakaran belum diketahui dan menunggu laporan pemeriksaan daripada Forensik Bomba," katanya.

Sementara itu, mangsa, Wan Muhammad Hasief Wan Shahar, 26. penuntut jurusan Kejuruteraan Elektrik berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum dikejutkan rakannya mengatakan bangunan asrama terbakar.

"Saya tinggal di tingkat lima dan rakan saya mengejutkan saya mengatakan berlaku kebakaran, saya ingatkan asrama ini yang terbakar.

"Saya bawa barangan yang boleh diselamatkan termasuk komputer riba ke bawah. Saya melihat motosikal Yamaha Y16 yang baharu setahun digunakan sudah pun disambar api.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk selamatkan motosikal kerana keadaan di situ berbahang dan api sedang marak dan kerugian anggarkan sebanyak RM14,500," katanya.

Rakannya, Muhammad Muaz Mohd Sofi, 25, juga tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan motosikal Honda RS150 yang sudah digunakan lebih lima tahun lalu apabila api marak dengan cepat.
https://www.bharian.com.my/berit ... map-musnah-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 11:34 AM | Show all posts
kesian. sapa lah punya keje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052633 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list