CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7099|Reply: 19

[Tempatan] Wanita Malaysia buat hal di Jepun, meletak kereta sesuka hati

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2024 08:10 PM



Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
11 Mei 2024 08:10am






SHAH ALAM - Tular satu ciapan di aplikasi X pada Jumaat memaparkan sikap rakyat Malaysia yang bertindak memakir kereta sesuka hati sehingga menjadi tajuk berita utama di Jepun.

Menerusi perkongsian foto pengguna bernama @pja_chan, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.

"Ini parkir berbayar yang sudah ada ruangan untuk setiap kereta dan tidak boleh bertindih macam ini. Kenapa buat macam ini sampai menyusahkan orang ya?" soalnya.

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture dan kereta berkenaan disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya hendak keluar parkir tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana kenderaan sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang jalan utama.

Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa wanita tersebut telah meminta dia mengalihkan kenderaan untuk memudahkannya keluar.

Ujar @pja_chan lagi, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan rakyatnya meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

"Ada tempat letak kereta yang ditetapkan berbayar. Tak ada istilah parkir bertindih. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia di internet. Kesannya terpalit dekat rakyat negara ini yang duduk di sana terutamanya kerana sudah mempunyai pendangan buruk. Silap-silap pelancong Malaysia pun mereka sudah tidak suka selepas ini.

"Parkir di sana sudahlah mahal, disebabkan hal ini kena memanjangkan masa tiga jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jek lagi. Memang menyusahkan orang, manalah orang tak marah," ujarnya.


Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hatiSHAH ALAM - Tular satu ciapan di aplikasi X pada Jumaat memaparkan sikap rakyat Malaysia yang bertindak memakir kereta sesuka hati sehingga menjadi tajuk berita utama di...
www.sinarharian.com.my










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt msia jg untung, pati xde lesen xde rotax parking x bayar xde sapa masuk sotkabar
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt jb, ni berlambak Singaporean parking kt double line kuning, balik negara Acah2 first class people.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:22 PM | Show all posts
Yang aku tau, kaedah parkir cenggini ada dua negeri jer.
-Johor.
-Pineng.

Yang kat jepon tu.... antara 2 negeri ni laa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:28 PM | Show all posts
Tak jelas gambar tu. Apa masalah sebenar?

Parking bertindih ni kalau kat KL bawah bangunan MARA dan satu lagi sebelah Low Yat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tu tak kaki dulu ke negara dia nak gi Ni mcmana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia pun tak parking mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 11-5-2024 01:22 PM
Yang aku tau, kaedah parkir cenggini ada dua negeri jer.
-Johor.
-Pineng.

Memandai jahh teori hang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 08:14 PM | Show all posts
SHAH ALAM - Tular satu ciapan di aplikasi X pada Jumaat memaparkan sikap rakyat Malaysia yang bertindak memakir kereta sesuka hati sehingga menjadi tajuk berita utama di Jepun.


Perkataan yang betul "memarkir" kan?

Hence nape aku benci perkataan parkir ni.
Guna je la meletak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:51 PM | Show all posts
hari tu sidai kedai nasi lemak
ni parking pula
jgn lepas ni nk masuk japan susah

dulu buat hal di aussie
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 11-5-2024 08:51 PM
hari tu sidai kedai nasi lemak
ni parking pula
jgn lepas ni nk masuk japan susah

Kat jepun ada pekerjaan petik buah gak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-5-2024 07:31 PM
Memandai jahh teori hang ni

Kalau kat mesia, ianya realiti yg tidak boleh dipertikaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-5-2024 08:53 PM
Kat jepun ada pekerjaan petik buah gak ke?

Ouch..  haha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:53 PM | Show all posts
umpama tengok bangla dan rohingya bawak perangai kampung depa kat negara orang.. harap kerajaan jeporn tak ban orang malaysia la dek kerana pukymak sekoq ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 11-5-2024 09:35 PM
Kalau kat mesia, ianya realiti yg tidak boleh dipertikaikan.

Nipu.. org penang tak pakai signal masa tukaq lane.. hat dabel park ni semua negeri ada org mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pasal2 buruk nama kita
mmg patut pun kena lahar depa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 02:56 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-5-2024 01:28 PM
Tak jelas gambar tu. Apa masalah sebenar?

Parking bertindih ni kalau kat KL bawah bangunan MARA dan ...

Ini video asal. Boleh turn on subtitle dengan auto translation



Paling hairan adalah macam mana driver kereta tu boleh selit parking situ. Mungkin ini adalah hasil daripada belajar menyelit parking di Malaysia.

Bayar tow truck ¥50,000 (RM1,521) settle masalah. Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:48 PM | Show all posts
slyfynx replied at 11-5-2024 08:14 PM
Perkataan yang betul "memarkir" kan?

Hence nape aku benci perkataan parkir ni.

memarkir tu tak sesuai lidah melayu (or asian) sebab dua konsonen bersebelahan jadi susah nak sebut.

biasanya either drop the first konsonen parkir jadilah pakir atau add vowel jadi parakir

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:51 PM | Show all posts
ultra78 replied at 12-5-2024 02:56 PM
Ini video asal. Boleh turn on subtitle dengan auto translation

aku sangka baik minah ni real dumb masa dia park second row tu masih kosong hence dia buat stail malaysia cium bumper. The only explanation as to how she managed to menyelit macam tu.

btw, how to turn on auto translation, boleh eh?

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jepun patut tangkap dan 'HUKUM MINUM AIR SABUN'.(mcm dedulu jepun buat kt tanah air pompuan tu).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.210566 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list