CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4302|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Harap ada pihak sudi bantu ubah suai kenderaan demi suami

[Copy link]
Post time 11-5-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

NORAFIZA meluahkan kebimbangan mengenai kesukaran suami, Mazihan yang juga pesakit buah pinggang kronik dan kini hilang upaya selepas kudung kedua-dua kakinya akibat jangkitan kuman dalam saraf. FOTO ihsan Norafiza Abdul Rahman

Seremban: "Pergerakan suami semakin terbatas apabila dia sudah kehilangan kedua-dua kaki dan kini memang sukar untuk masuk ke dalam kereta kerana kenderaan kami agak tinggi," kata Norafiza Abdul Rahman.

Norafiza Abdul Rahman, 54, meluahkan kebimbangan mengenai kesukaran suami, Mazihan Mahat, 54, yang juga pesakit buah pinggang kronik dan kini hilang upaya selepas kudung kedua-dua kakinya akibat jangkitan kuman dalam saraf.

Suri rumah itu berkata, suami menghidap penyakit buah pinggang sejak empat tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis pada tahun sama.

Menurutnya, ia memaksanya berhenti kerja sebagai eksekutif di sebuah kilang untuk menguruskan suami yang juga terpaksa berhenti kerja di sebuah pasar raya.


Katanya, keadaan mula berubah apabila kaki kiri suami dijangkiti kuman dalam saraf hingga terpaksa dipotong paras paha pada 2022.

"Kami menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan agak tinggi namun suami ketika itu masih boleh masuk ke dalam kereta serta memandu. Suami juga boleh berdikari ketika itu.

"Namun apabila kaki kanan suami pula terpaksa dipotong paras paha kerana jangkitan kuman pada 1 Mei lalu, ia membuatkan suami tidak boleh masuk ke dalam kereta dan tak boleh menganjak badannya," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia dan suami kini hanya bergantung kepada pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selain turut dibantu seorang anak yang bekerja di sebuah kilang.

Dia berkata, mereka tidak mampu membeli kenderaan lain yang lebih rendah untuk digunakan suami terutama ke hospital bagi pemeriksaan susulan.

"Saya kasihan melihat suami yang sukar masuk ke dalam kereta dan ketika pulang dari hospital selepas pembedahan sebelum ini saya sewa ambulans. Saya cadang mahu ubahsuai tempat duduk yang boleh turun dan naikkan kerusi itu jadi lebih mudah untuk suami masuk ke dalam kereta.

"Cuma kami tidak mampu kerana kosnya tinggi jadi kalau ada mana-mana pihak yang sudi membantu mengubahsuai tempat duduk kami sangat alu-alukan," katanya memberitahu seorang lagi anak masih belajar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enderaan-demi-suami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054191 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list