CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9216|Reply: 0

[Kelantan] TDM kawal 'laluan tikus'

[Copy link]
Post time 11-5-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode
TDM kawal 'laluan tikus'

OlehASWANY OMAR

11 Mei 2024 05:07pm








Antara PATI yang ditahan dalam operasi di sempadan.




KOTA BHARU - Tentera Darat Malaysia (TDM) kini meningkatkan rondaan serta pengawasan di kawasan panas yang dipercayai menjadi 'laluan tikus' oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) melalui kenyataan pada Sabtu memberitahu, usaha itu juga bagi mengelakkan jenayah rentas sempadan iaitu penyeludupan bahan kawalan dan terlarang termasuk cubaan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI).



Kenyataan itu turut menyebut, TDM melalui pasukan yang sedang melaksanakan operasi menjaga sempadan negara khususnya di sekitar Sungai Golok bagi memastikan tahap keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Beberapa insiden melibatkan serangan dan letupan bom secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) iaitu sebahagian sempadan negeri Kelantan dan Thailand," kata kenyataan berkenaan.



Melalui kenyataan itu juga, Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan TDM berjaya merampas barangan yang dibawa secara haram dengan nilai keseluruhan sebanyak RM588,319.75 dalam operasi selama lima bulan bermula Januari lalu.


Anggota tentera bersama barang rampasan dalam satu operasi yang dilaksanakan di sempadan




"Daripada jumlah itu, sebanyak 48 kes membabitkan Rampasan Barang Tanpa Tuan (RBTT) dengan nilai sebanyak RM100,502.75 manakala empat kes Rampasan Barang Bersama Tuan (RBBT) bernilai RM487,817.

"Seramai sepuluh warga Myanmar ditahan dalam tempoh operasi itu," kata kenyataan itu lagi.




Tambah kenyataan itu juga, TDM turut melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan di sektor KTJ 8 Bgd dengan melaksanakan rondaaan bersama Royal Thailand Army (RTA) di sepanjang persempadanan negara masing-masing melalui Combined Force Border Patrol (CFBP).

"TDM melaksanakan mesyuarat bersama RTA bagi membincangkan pelbagai perkara melibatkan perkara operasi, latihan dan isu semasa dalam pengawalan sempadan," katanya.

Dalam pada itu TDM sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi Penguat Kuasa Persempadanan yang lain dalam melaksanakan operasi secara bersama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list