CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cium Pipi, Alicia Amin Sedang Hangat Bercinta?

10-5-2024 08:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13090| Komen: 93

Description: Selepas setahun bercerai, pelakon Alicia Amin kini dilihat berbahagia bersama seorang jejaka yang dipercayai kekasihnya.


Selepas setahun bercerai, pelakon Alicia Amin kini dilihat berbahagia bersama seorang jejaka yang dipercayai kekasihnya.

Bersama kapsyen ringkas dalam video TikTok ‘Pizza Date’, seolah-olah memberikan bayangan mereka berdua menikmati temu janji sambil menjamu selera.

Lebih romantis apabila Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin sempat melayangkan ciuman di pipi jejaka tersebut sekali gus menguatkan lagi dakwaan mereka kini hangat bercinta.

Alicia ketika dihubungi mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah teman lelakinya buat masa sekarang.

“Kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Minta tolong doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik,” katanya kepada HibGlam.

Kedua-dua mereka juga dilihat menggayakan baju berona putih sedondon sambil menikmati hidangan pizza dan bergelak tawa.

Rata-rata peminat berkongsi kegembiraan dengan meninggalkan komen emoji hati pada ruangan komen.



Namun, ada dalam kalangan tidak selesa melihat kemesraan Alicia bersama lelaki yang tiada ikatan dengannya apatah lagi menayangkan keintiman kepada umum.

Jadi, ini cara kehidupan awak sekiranya mengamalkan liberalisme?,” tanya netizen itu.

Sebelum ini, Alicia Amin mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Farzan Iqbal pada Mac tahun lalu.

Model sensasi itu berkahwin doktor perubatan berkenaan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021.

Begitupun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata daripada perkahwinan tersebut. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakalongmu 10-5-2024 10:24 PM
Yang in sepadan dengan Sheol. Yang dlu tu katik sangat. X sesuai langsung.
Quote ninajaybee 10-5-2024 10:49 PM
Org mcm Alicia ni elok migrate. Msia tak sesuai utk dia.
Quote sharlenetexas 10-5-2024 11:36 PM
Tgk gambar kat atas mcm buruh kontrak.


Quote cempakaa 11-5-2024 12:50 AM
ninajaybee replied at 10-5-2024 10:49 PM
Org mcm Alicia ni elok migrate. Msia tak sesuai utk dia.

Betul2 better migrate je
Quote bintangct 11-5-2024 12:52 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 11:36 PM
Tgk gambar kat atas mcm buruh kontrak.

ada iols ternampak bf dia kat ig mcm not bad wajahnya.. tp mmg peluk² je deme 2 ni
Quote lolipopmanish 11-5-2024 12:53 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 11:36 PM
Tgk gambar kat atas mcm buruh kontrak.

Ya Allah !


Quote kepompong 11-5-2024 01:08 AM
lelaki rambut panjang. perempuan rambut pendek.

tkde yg salah pun.. . sekadar nak tacang lepas tengok gambar kat atas tu
Quote kiwibenz 11-5-2024 01:18 AM
Aku kompius hati budi ke hati body
Quote buapakperut 11-5-2024 01:44 AM
hensem la pulak. macam lesbian
Quote chilly 11-5-2024 02:38 AM
Adik Ili Sulaiman kan
Quote divalaura 11-5-2024 02:57 AM
ok muka can go sikit yang ni
Quote heythere123 11-5-2024 09:28 AM
meols tak rasa sheols akan settle down

dengan ex shuben yang terpaling hedonisme pon boleh berantakan.
Quote kakakgarang 11-5-2024 09:37 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 11:36 PM
Tgk gambar kat atas mcm buruh kontrak.

hahahaha jawa totok betul muka ye.. hahaahaha kelakar la uolsss
Quote milafida 11-5-2024 10:00 AM
Dia ni walaupun urban masa akad nikah masih ada adap sebagai muslim
Quote aina_shaira 11-5-2024 10:00 AM
heythere123 replied at 11-5-2024 09:28 AM
meols tak rasa sheols akan settle down

dengan ex shuben yang terpaling hedonisme pon boleh berantak ...

Apa maksud hedonisme
Quote 3chanceno 11-5-2024 10:20 AM
Baju Alicia nie cam ala2 ihram lelaki eh
Quote dua_chzy 11-5-2024 10:22 AM
Bercinta memang best, terutama part awal perkenalan.

Dah lama kenal, dah kawen ah kau masing2 keluar rupa beast.
Quote Gianna111 11-5-2024 10:22 AM
yang ni tak de pula orang nk suruh balik ke asal..balik ke tampuk asal..kadang- kadang i akui je net kita select bab-bab nak bashing orang. yang bangsa T20 jarang kena bash dan di sentuh.
Quote scarflicious 11-5-2024 10:30 AM
La...mcmlah selama ni dia tu mengamalkan  islam sgt bila ko ckp dia liberalisme.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.185415 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top