CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Dipenjara 20 Tahun, Perkosa Anak Kandung Hingga Lahirkan Dua Bayi. Ibu Pula Tahu Tapi Biarkan Sahaja!

8-5-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20943| Komen: 72

Description: Seorang lelaki berusia 44 tahun mengaku bersalah merogol anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun.


Seorang lelaki berusia 44 tahun mengaku bersalah merogol anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata mangsa kini berumur 20 tahun dan pernah melahirkan dua anak akibat perbuatan keji bapanya itu.

Lebih menyedihkan, ibu kandung mangsa tahu tentang perbuatan tersebut dan membiarkan si suami memperkosa anak mereka.

Di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan lima sebatan terhadap tertuduh.

"Kamu sebagai bapa yang diamanahkan untuk menjaga anak tapi telah lakukan sebaliknya dan saya ambil maklum faktor mangsa hanya buat aduan selepas ibu bapanya ditahan atas kes lain."

"Semestinya mangsa berasa tidak selamat berada di rumah sendiri sepanjang tempoh tersebut dan saya percaya ia akan menyebabkan trauma dan meninggalkan kesan psikologi teruk kepada mangsa serta reputasi mangsa juga akan terjejas dengan perbuatan tertuduh."


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Chuah, Port Dickson, kira-kira jam 6 pagi pada November 2022, boleh dihukum bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan (Akta 574). Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.



Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak perempuan berusia 18 tahun enam bulan ketika kejadian, yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan bawah undang-undang dan hukum yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Seorang anak yang dilahirkan sebelum ini telah meninggal dunia manakala seorang lagi kini berusia tiga tahun dan kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada orang lain oleh ibunya tanpa pengetahuan mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar  hukumannya diringankan atas alasan mempunyai anak-anak yang masih kecil, manakala isteri menghidap kencing manis dan penyakit jantung.

Hanya tertuduh lelaki dilaporkan mengaku bersalah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Julai depan.

SUMBER : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 8-5-2024 11:47 PM
Wtf apa yg aku bc ni.. tolong la sula kedua2nya.. xpatut hidup.
Quote liyamariska 8-5-2024 11:51 PM
makin lama main ramai manusia bermasalah mental...

Quote hmmlantakko 8-5-2024 11:52 PM
kalau berlaku kat negeri K, mesti bertalu cacian cercaan atas nama serambi mekoh oleh org2 yg ada penyakit dlm hatinya
Quote pocongkiutss 9-5-2024 12:00 AM
hmmlantakko replied at 8-5-2024 11:52 PM
kalau berlaku kat negeri K, mesti bertalu cacian cercaan atas nama serambi mekoh oleh org2 yg ada pe ...

Org negeri K bnyk merantau ke negeri lain khen

Yg lahanat ni pun taktau asal negeri mana
Quote pocongkiutss 9-5-2024 12:01 AM
Memandangkan mak budak ni tau..mmg laknat la..mak apa mcm ni??? Asal berlaki ke apa??
Quote sharlenetexas 9-5-2024 12:02 AM
Sila sila korek mereka asal dari mana.


Quote jejaka_hensem 9-5-2024 12:25 AM
Sila kerat konek jantan ni
Quote B40tastePosh 9-5-2024 12:31 AM
Kesian baby tu dah besar tahu diri dia anak gampang sumbang mahram bapa dan anak.

Teringin nak tengok muka diorg untuk kajian dan evaluasi
Quote Maroon_nerds 9-5-2024 12:58 AM
Gamak la mak dia pun. Maknya tak mampu sgt ke sampai tak leh penuhi keperluan batin suami? Dah anaknya pulak yg kena layan si bapak. Geramnya la.
Quote manamana123 9-5-2024 03:03 AM
kesiannya, mesti trauma
Quote krustykrab 9-5-2024 05:41 AM
Tudung labuh ko nyah semata nk menutup aib
Quote Tinot7 9-5-2024 06:12 AM
Iols tak paham camne menda mcm ni bleh berlaku.. makpak sakit mental ka apa?
Quote Samerosie 9-5-2024 07:31 AM
La mulayooo rupanya.  Dah kantoi pandai lak nak sorok muka kali bini, tudung labuh baju labuh amboi!
Quote BoongaKertas 9-5-2024 07:39 AM
news paling terfaktab iols baca utk tahun ni
Quote kepompong 9-5-2024 07:51 AM
aritu ada org speku type K
Quote jlo 9-5-2024 07:55 AM
mak bapak lahanattttt... elok tanam dedua tu hidup2
Quote amyza 9-5-2024 08:24 AM
Jahat punya makpak. Sian mangsa terpaksa layan nafsu bapak dari umur 12thn. Kalau pegi sekolah mesti sejenis yg pendiam & takut² je nak berkawan.
Quote midori888 9-5-2024 08:36 AM
nie mak bapa dari neraka jahanam....semoga both di azab masa didunia lagi...
Quote lightheaded67 9-5-2024 09:17 AM
Edited by lightheaded67 at 9-5-2024 09:26 AM

kenapa mak dia tak kena ape ape. kena sebat skali takleh ke. cerita atas gmbr dgn cerita bawah gmbr tu kes yg sama ke. pening baca. so mak dia yg babi tu ade jantung n kencing manis lah kan? sempat dia aman aman mencekik smpi dpt kencing manis yek

(kalau baca kesah mak puaka ni, tringat ade kesah sorg jantan cerita, bini dia slalu kena pukul dgn mak dia n adik dia. husben dia tak pcaya ke ape lupa lah,skali tu bini dia tak tahan kot, bini dia pulak start pukul mak  n adik dia, smpi mak n adik dia dh jd takut, sbb dh slalu kena pukul balik. hasanah ke idok entahler tp acik suka )

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062605 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top