CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pinjam Saudara RM6K Tapi Suami Isteri ‘Alim’ Enggan Bayar Hutang – “Isteri Dia Kata Dalam Islam Tak Wajib Bayar Sebab Aku Tak Solat”

9-5-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20606| Komen: 63

Description: Kalau sudah meminjam, ingatlah sendiri untuk bayar semula tetapi kebanyakan tidak mengutamakan atau orang akan buat-buat lupa untuk melangsaikan hutang.Namun, lebih menyakitkan hati apabila orang yang ...

Kalau sudah meminjam, ingatlah sendiri untuk bayar semula tetapi kebanyakan tidak mengutamakan atau orang akan buat-buat lupa untuk melangsaikan hutang.

Namun, lebih menyakitkan hati apabila orang yang meminjam memberikan alasan tidak munasabah apabila pemiutang minta hutang mereka dibayar semula.

Seperti yang dilalui seorang individu ini yang meluahkan rasa marah terhadap saudaranya dan isteri apabila pasangan tersebut memberikan alasan dengan mengaitkan tentang isu islamik pula.

Menerusi Twitter, individu terbabit menceritakan bahawa pasangan suami isteri berkenaan meminjamnya wang berjumlah RM6,000 dan hutang tersebut sudah tertunggak sehingga tiga tahun lamanya.


"Masa nak meminjam bukan main janji nak bayar balik. Sekarang dah lebih tiga tahun, masih tak bayar.”'

Lebih menyakitkan hati, isteri saudaranya itu boleh pula memberikan alasan yang tiada kena mengena apabila diminta membayar semula hutang mereka.

"Isteri dia cakap dalam Islam tak wajib bayar hutang sebab aku tak solat. Mereka suami isteri kaki solat tapi tak bayar hutang, boleh masuk syurga ke?”

Luahan tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet yang berang dengan kelakuan pasangan suami isteri tersebut yang mengaitkan tentang solat sebagai alasan untuk mengelak melunaskan hutang.

Sebagai orang yang tidak tinggal solat, mereka berdua seharusnya sedar bahawa hutang di dunia akan dibawa mati dan juga perlu tahu bahawa Islam menitik beratkan umatnya untuk melangsaikan hutang.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 8-5-2024 11:58 PM
Fitnah agama betul lah… mana lah ajaran dia dpt xperlu bayar kalau org tu x solat. So kalau mcm tu marilah kita berhutang dgn cina india bagai, sebab xyah bayar balik lah kan…hampeh betul. Penunggang agama terokkkksss ni
Quote slyfynx 8-5-2024 11:58 PM
Jap, skrg ni wartawan cari mmg spend masa kat meinngl ke?
Pastu ape yang current issue nye
Makan gaji buta je.
Kat bodgos dok la melepek ke ig retis.
Retis pakai selipar gi pasar malam pun leh buat thread.
Quote Apoo 9-5-2024 12:06 AM
Tiru modus operandi sebuah parti mengaku terpaling islam la ni. Tak mau bayaq hutang company percetakan walaupun dah bertahun. Tunggu pemilik kilang tu meninggal dulu kot.
Quote allshares 9-5-2024 12:30 AM
I baca kat fb jugak, berdosa aibkan org yg tak bayar hutang. Eh kalau bkn ahli takyah la nk sebarkan pendapat sendiri. Ramai plak tu yg setuju. Ada la sorg comment tak kena kat hidung sendiri pandai la cakap, boleh2 ade org click emoji gelak. Ish sick society bethol. Ambik agama part yg menguntungkan dia jah, begituh?
Quote white_musk 9-5-2024 12:48 AM
Janji solat 5 waktu kekdahnya
Quote dua_chzy 9-5-2024 01:24 AM
Sama dengan ummah yang sebok ajar dan amal jangan beli makanan dari orang yang tak solat.
Quote dua_chzy 9-5-2024 01:24 AM
white_musk replied at 8-5-2024 04:48 PM
Janji solat 5 waktu kekdahnya

Yeah. Berzina pun takpa janji shalat.
Quote krustykrab 9-5-2024 05:39 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 01:24 AM
Sama dengan ummah yang sebok ajar dan amal jangan beli makanan dari orang yang tak solat.

Juga jgn beli dari wanita yg tk tutup rambut.

Dah tu dlm islam bukan kewajipan wanita utk cari nafkah pun. Tapi disbbkn ramai jantan2 kecut tulur yg abaikn ajjaran islam wanita terpaksa keluar jgk bekerja berpanas2 kt luar dgn bertutup litup. Tk kesian ke tgk para wanita yg terpaksa cari rezeki tgh2 panas2 tu.
Korang org jantan mmg diketahui tk jaga aurat korang yg seciput tu tk pa la berpanas pun.
Quote Tinot7 9-5-2024 06:18 AM
Pelik2 agama sesetengah org.. deme ikut agama ni yach?
Quote kitmal 9-5-2024 06:59 AM
Hebat..boleh guna alasan ini..kerajaan Malaysia boleh ambil contoh..Hutang dengan Cina/Jepun/Amerika....
Quote noor2 9-5-2024 07:07 AM
Dah tu kau solatlah...ke ko mmg x solat le cane...dah solat ko pi tuntut duit tu..
Quote Samerosie 9-5-2024 07:22 AM
Masa muda2 dulu ada company trip ke down under nek airlines yg bukan Malaysian. Ada satu kakak ni dia rembat blanket airlines pastu kita ckp kat dia eh kka ni blanket bukan free kalau nak boleh beli, dia ckp tak pe ni kapir punya boleh.  Ni mid ke late 90s ye. Ntah ajaran siapa ntah.
Quote Herlina 9-5-2024 07:47 AM
Biasala tu, bila nak meminjam bukan main lagi janji itu ini.
Bertahun2 tu...kalau bayar ansur pun mesti dah setel.
Ni mmg dah nekad tak nak bayar hutang la sampai sanggup create alasan2 bodoh
Quote johan-adx 9-5-2024 07:48 AM
Tinot7 replied at 9-5-2024 06:18 AM
Pelik2 agama sesetengah org.. deme ikut agama ni yach?

agama tu dh sempurna..tp pengetahuan dia je tak brp sempurna
pastu diolahnya sendiri..jd la mcm yg terjadi skrg2 yg pelik2
Quote makita 9-5-2024 07:48 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 01:24 AM
Yeah. Berzina pun takpa janji shalat.

Ni kawan (A) ke pada kawan meols (B) amalkan. B kata kalau dorg keluar pi joget2, A mesti solat Isyak kat masjid. B n the gang lepak dlm kete lah dgn penuh awkwardnya. Padahal lepas tu A mabuk2. A pulak bangga citer lepas main dgn lelaki dia mesti solat tepat waktu. Yg si jantan tu lak citer gila awkward masa tgok minah tu smbyg lepas abes main.
Quote plywood 9-5-2024 07:56 AM
makita replied at 9-5-2024 07:48 AM
Ni kawan (A) ke pada kawan meols (B) amalkan. B kata kalau dorg keluar pi joget2, A mesti solat Is ...


Quote asfaz 9-5-2024 08:08 AM
allshares replied at 9-5-2024 12:30 AM
I baca kat fb jugak, berdosa aibkan org yg tak bayar hutang. Eh kalau bkn ahli takyah la nk sebarkan ...

Mesti semua tu kaki hutang pandai bayar auto jadi benak.
#donefitnah
Quote midori888 9-5-2024 08:23 AM
makita replied at 9-5-2024 07:48 AM
Ni kawan (A) ke pada kawan meols (B) amalkan. B kata kalau dorg keluar pi joget2, A mesti solat Is ...

org mcm A nie solat hanya nak menunjuk kat org jer, bukan solat yg benar...sbb kalu org solat dgn solat yg benar, tentu Allah akan halang dia dari membuat dosa. Any fool bole solat, buat gerakan solat..ramai jer org solat yg solatnyer tak diterima Allah atas mcm2 sebab...org yg solat tapi masih lagi melakukan maksiat, kena post mortem solat dia dulu...
Quote cekenit 9-5-2024 08:23 AM
Penunggang agama to the max

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top