CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ditangkap curi, kawal 25,000 akaun Facebook

8-5-2024 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18884| Komen: 0

Description: HANOI – Polis di utara Vietnam menahan seorang lelaki yang menggunakan perisian hasad (malware) untuk mencuri maklumat dan mengawal 25,000 akaun Facebook di dalam dan luar negara, lapor laman berita ...

HANOI – Polis di utara Vietnam menahan seorang lelaki yang menggunakan perisian hasad (malware) untuk mencuri maklumat dan mengawal 25,000 akaun Facebook di dalam dan luar negara, lapor laman berita VNExpres semalam.

Suspek didapati mengaut keuntungan sebanyak 90 bilion dong (RM18.51 juta).

Dang Dinh Son, 31 yang merupakan warga tempatan di wilayah Nam Dinh, sedang disiasat kerana mengeluarkan, membeli, menjual, menukar atau menghadiahkan peralatan dan perisian untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

Dia juga didakwa mengakses tanpa kebenaran kepada rangkaian komputer, rangkaian telekomunikasi atau elektronik peranti orang lain.

Selain itu, 19 lagi yang bekerja untuk Son sedang disiasat atas tuduhan sama, kata polis.

Menurut polis, Son membeli sumber perisian hasad dengan fungsi mencuri maklumat akaun pengguna Facebook.

Dia kemudian menggunakan perisian tersebut untuk mengawal dua halaman peminat dan menyiarkan artikel palsu mengenai penciptaan imej menggunakan kepintaran buatan (AI). – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.130320 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top