CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendaki ‘tergantung’ tepi tebing gunung kerana laluan sesak

8-5-2024 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19994| Komen: 16

Description: BEIJING – Sekumpulan pengembara yang mendaki Gunung Yandang di timur China terkandas di laluan tebing gunung berkenaan ketika menuju ke puncak gara-gara terlalu ramai pendaki, lapor saluran berita C ...


BEIJING  – Sekumpulan pengembara yang mendaki Gunung Yandang di timur China terkandas di laluan tebing gunung berkenaan ketika menuju ke puncak gara-gara terlalu ramai pendaki, lapor saluran berita CNN semalam.

Imej pendaki dalam keadaan ‘tergantung’ di tebing gunung menjadi tular di media sosial negara tersebut, baru-baru ini.

Ia memaparkan mereka mereka menunggu pendaki lain berjalan di sepanjang anak tangga logam yang dipasang di tebing Gunung Yandang selama lebih sejam.

“Ini amat menakutkan! Seseorang seperti saya yang takut ketinggian mungkin hanya berpeluh di sana!” tulis seorang netizen.

“Saya tidak akan pergi walaupun saya ditawarkan wang tunai untuk melakukannya,” tulis seorang pengguna lain.

Pihak yang mengendalikan laluan gunung itu, Wenzhou Dingcheng Sports Development Co., Ltd., berkata, ia telah tersilap membuat anggaran pengunjung yang berminat untuk mendakinya.


Menurut syarikat itu, disebabkan kesilapan tersebut, kekurangan kawalan trafik seperti sistem tempahan tiket dan pengurusan menyebabkan pendaki terkandas di laluan pendakian. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 9-5-2024 07:30 AM
xtau nak kata ni berani x bertempat or plain stupid. takde had ke before continue hiking tu?
Quote Samerosie 9-5-2024 07:33 AM
Korang ni pi mana2 dlm dunia pun buat sesak. Pastu bila berborak tak reti nak control volume padahal sebelah menyebelah je.
Quote ultra78 9-5-2024 08:20 AM
Akibat tamak la kan. Kalau dah terlebih jual tiket,boleh aje refund kan.
Quote s@s@ 9-5-2024 08:50 AM
kat everest kalau ada yg mati ramai2 tu selalunya sbb jem kena q macam ni la
Quote SalenaGomez 9-5-2024 08:52 AM
ultra78: Akibat tamak la kan. Kalau dah ...


Entah2 no refund policy
Quote Tinot7 9-5-2024 09:32 AM
Kalau teejatuh, mati katak jahh
Quote matamata 9-5-2024 09:38 AM
Gambar pun tipu
Ni mana portal berita YG buat cerita murahan ni?
Quote zorrro_03 9-5-2024 09:38 AM
Samerosie replied at 9-5-2024 07:33 AM
Korang ni pi mana2 dlm dunia pun buat sesak. Pastu bila berborak tak reti nak control volume padahal ...

kalau puak2 ni masuk lif sembang kuat2 aku sound je.  wei kau tak reti nak slow sikit ke?  kau saja nak buat bising eh?  terus diam puak2 c
Quote syamzana 9-5-2024 09:41 AM
tiba2 mai ribut kuat mendapat larr kat situ.
Quote supernaturalee 9-5-2024 10:10 AM
ni suicide mission namanya

Quote I.K.A888990 9-5-2024 10:57 AM
punya byk lagi tempat2 yg boleh pergi mengembara kan
yg ni jugak dipilihnya
tapi ye lah dah depa pun mmg berani mati risiko tinggi kalau mati lantak mu lah gitu
Quote hokeypokey 9-5-2024 01:56 PM
dh kenapa nk bersesak kt tempat camni???
Quote kepompong 9-5-2024 02:17 PM
matamata replied at 9-5-2024 09:38 AM
Gambar pun tipu
Ni mana portal berita YG buat cerita murahan ni?

https://www.cnn.com/travel/yandang-mountain-china-via-ferrata-intl-hnk/index.html
Quote kepompong 9-5-2024 02:17 PM
sebijik2 berita dari situ
Quote Dwdrum 9-5-2024 02:30 PM
Berapa weight cable and piton boleh support?.... Safety problem depa ini... Geez
Quote nisako 9-5-2024 03:44 PM
eiiii    gila la....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057856 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top