CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga lelaki menyamar polis gari, samun ejen Forex

9-5-2024 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3786| Komen: 10

Description: KUANTAN – Dengan menyamar sebagai anggota polis tiga lelaki bertindak menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke sebuah lokasi lain di sini.


KUANTAN – Dengan menyamar sebagai anggota polis tiga lelaki bertindak menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke sebuah lokasi lain di sini.

Dalam kejadian Khamis lalu itu menyebabkan mangsa yang merupakan lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu mangsa yang sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran di sini didatangi tiga lelaki memakai pelitup muka yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa kemudiannya telah digari dan ditutup mulut dengan pita pelekat serta dibawa ke sebuah rumah sebelum suspek meminta telefon bimbit, beg duit dan serta kata laluan akaun bank mangsa.

“Pada 1.30 pagi keesokan harinya mangsa telah dibawa keluar daripada rumah berkenaan dan ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi di sini sebelum mangsa berjalan kaki ke tempat penginapannya di sini,”katanya di sini hari ini.


Tambahnya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang senjata yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Menurutnya kes diklasifikasi bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Katanya pada masa ini pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakan mangsa.

“Pihak polis telah melawat tempat kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar,”ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 9-5-2024 03:25 PM
Takutnya Malaysia sekarang.

Mungkin selalu buat live TikTok
Quote BoongaKertas 9-5-2024 04:42 PM
takutnya. mslhnya iols baran, depa boleh pakat2 rekod and tgk jer. org tu dah minta tlg kot wehh. mana lelaki kita....
Quote Skuau 9-5-2024 07:02 PM
Sebab tu..la polis kena/wajib kuarkan 'kad kuasa' bila nk tahan seseorang.Mohon perkara ini(pekenalkan diri dan kuarkan 'kad kuasa')...diambil berat oleh pihak berkenaan.
Quote matamata 9-5-2024 07:58 PM
Silap2 scammer Forex...
Quote kepompong 9-5-2024 08:51 PM
BoongaKertas replied at 9-5-2024 04:42 PM
takutnya. mslhnya iols baran, depa boleh pakat2 rekod and tgk jer. org tu dah minta tlg kot wehh. ma ...

tengok kat mana?
Quote kepompong 9-5-2024 08:52 PM
owh takut penyerang tu ada senjata. Macam kes cctv kat kedai dobi tukan. semua persoal kenapa yg lelain buat tak tahu
Quote Gunama 10-5-2024 12:02 PM
Kena ke mention brand tepon?
Quote hyie 10-5-2024 12:13 PM
kat tele ES ada komen pasal kes macam ni, tapi bukan kes ni rasanya, dia kata mungkin polis sebenar buat job tepi tapi tetap claim menyamar polis
Quote B40tastePosh 10-5-2024 12:20 PM
hyie replied at 10-5-2024 12:13 PM
kat tele ES ada komen pasal kes macam ni, tapi bukan kes ni rasanya, dia kata mungkin polis sebenar  ...


Best lan group telegram Edisi Siasat, meols pun layan.

Byk dedahkan darkside PDRM PBT dan SPRM
Quote manop 15-5-2024 11:20 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.143005 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top