CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Noktahkan miskin tegar dalam tempoh 2 bulan di Terengganu - PM

9-5-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 772| Komen: 4

Description: Kuala Nerus: Isu kemiskinan tegar membabitkan 1,663 keluarga sehingga 2 Mei lalu di Terengganu akan dinoktahkan segera dalam tempoh dua bulan.


Kuala Nerus: Isu kemiskinan tegar membabitkan 1,663 keluarga sehingga 2 Mei lalu di Terengganu akan dinoktahkan segera dalam tempoh dua bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim berkata, kerajaan optimis menyelesaikan masalah miskin tegar di negeri ini.

Katanya, kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu dalam usaha membasmi isu kemiskinan sekali gus menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

"Kita bincang dengan Persekutuan dan negeri akan selesai, insya-Allah dengan jumlah tak sampai dua ribu tak kan lah dengan seluruh agensi kementerian, pelbagai kementerian dengan kerajaan negeri kita tidak boleh tolong 1,000 keluarga supaya selamat daripada kemiskinan yang tegar.

"Maksudnya tak cukup makan, tidak ada pakaian anak-anak, susah untuk beli uniform (pakaian) anak-anak ke sekolah.

"(Ini boleh dicapai) dengan syarat kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama sepenuhnya (untuk) kita kenal pasti jumlah 1,600 keluarga dan insya-Allah, di negeri Terengganu, kita boleh noktahkan kemiskinan tegar dalam tempoh dua bulan akan datang, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Pekarangan Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 10-5-2024 11:45 AM
Sedaghe sedaghe....saya ulammmmmm..
Quote Skuau 10-5-2024 11:49 AM
arini pintah..lg 2 bln xde orng miskin....kalo ada pung..itu 'SUMPAHAN ASDAN BANYAK MAKANG IKANG'....
Quote Orix 10-5-2024 12:02 PM
Air liur basi
Quote Solokkk 10-5-2024 01:11 PM
Sembang kari aka sembang lancauuuuuu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063340 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top