CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil cuti sakit beramai-ramai, 30 kru kabin syarikat penerbangan dipecat

9-5-2024 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1112| Komen: 4

Description: New Delhi: Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya kru kabin kerana mengambil cuti sakit secara beramai-ramai yang mengakibatkan kepada pembatalan penerbangan, menurut p ...


New Delhi: Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya kru kabin kerana mengambil cuti sakit secara beramai-ramai yang mengakibatkan kepada pembatalan penerbangan, menurut pegawai pada Khamis, lapor Xinhua.

Langkah itu dibuat sehari selepas hampir 300 pekerja syarikat penerbangan itu mengambil cuti sakit dan menutup telefon mereka.

Surat pemecatan yang dikeluarkan kepada pekerja menyatakan bahawa pengambilan cuti sakit secara beramai-ramai itu "jelas menunjukkan satu tindakan yang dirancang dan dibuat secara kolektif tanpa alasan yang munasabah."

Pengurusan syarikat penerbangan itu juga memberi kata dua kepada pekerja supaya melaporkan diri bekerja menjelang petang Khamis atau bakal berdepan tindakan.

Sejak Selasa malam, lebih 100 penerbangan antarabangsa dan domestik telah dibatalkan oleh syarikat penerbangan itu. Laporan mengatakan 74 penerbangan dibatalkan pada Khamis.


Pembatalan penerbangan itu mencetuskan krisis kepada syarikat penerbangan tambang murah itu, yang merupakan anak syarikat Air India milik kumpulan Tata.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 9-5-2024 10:23 PM
Yahooooo!
Quote sayurmayur88 10-5-2024 07:39 AM
hhahaha, krew kabin berani lah deolls pecat kan..klu pilot2 yg buat mcm ni, x lah berani
Quote Tiggybiru 10-5-2024 11:12 AM
Hang tak bg gaji kott
Quote Radzor 10-5-2024 11:43 AM
Klu kne pecat sbb mc, saman je la balik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041352 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top