CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahniah! Dua Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA!

10-5-2024 07:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2992| Komen: 60

Description: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara selepas berjaya mendapat tempat kedua di dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara selepas berjaya mendapat tempat kedua di dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Nur Ilhan Nurina telah mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan Audit and Assurance (ACCA).

Muhammad Fawwaz pula berjaya memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi Top ACCA FIA Prize Winner bagi kertas Management Information (MA1).

Kedua-dua pelajar tersebut masing-masing dari kampus Shah Alam dan Tapah, Perak.

"Kejayaan konsisten pelajar ini memberikan impak positif, motivasi dan inspirasi kepada rakan seperjuangan, keluarga, fakulti, UiTM dan rakyat Malaysia secara amnya.”

Susulan itu, fakulti berkenaan juga ingin meningkatkan jumlah graduan professional dalam bidang perakaunan negara bagi mencapai aspirasi kerajaan menjelang 2030.


"Sebagai fakulti yang terbesar di Malaysia dalam bidang perakaunan, Fakulti Perakaunan mendukung tanggungjawab yang signifikan, setiap tahun fakulti melahirkan lebih kurang 50 peratus graduan perakaunan dalam kalangan semua IPTA negara.”



Fakulti Perakaunan juga sentiasa berusaha menghasilkan graduan perakaunan yang market-ready dan pencapaian ini membuatkan pihak fakulti akan memperluaskan peluang pengajian professional perakaunan bagi lepasan SPM di cawangan lain selain dari kampus Shah Alam.

SUMBER : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-5-2024 10:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?
Quote mojarean_X 9-5-2024 10:50 PM
Sblm ni tempat pertama kan. Btw tahniah. Uitm mmg selalu menang ni
Quote sharlenetexas 9-5-2024 10:51 PM
Tahniah.

Quote j3m4h 9-5-2024 11:18 PM
Kudos beribu2 lemonade .. math ni biasa type C yg monopoly kan? Lama x dgr cite adiputra ,sufiah yusoff tu,nur fitri azmeer tuh skrg?paling lagend si shukri ank angkat proff tu la dulu…
Quote Teropongcctv 9-5-2024 11:32 PM
Tahniah... Tompang bangga dgn anak muda yg bijak. Tahniah gak UITM dah brp tahun berjaya lahirkan students cemerlang
Quote Mary_jane 10-5-2024 12:07 AM
Tahniah dek. UiTM di hatiku.
Quote Triple_8 10-5-2024 12:43 AM
Harap tidak dibayar gaji setaraf bangla.
Quote Rogue98 10-5-2024 01:29 AM
Tahniah dik... still a long way to go...all the best
Quote B40tastePosh 10-5-2024 03:30 AM
Bangga , fakulti Applied Science meols sebelah Fakulti Perakauan di Shah Alam

Tiber mengaku sedara dan jiran
Quote Nokiaman 10-5-2024 06:29 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 02:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?

Soklan Bocor kot
Quote Nokiaman 10-5-2024 06:31 AM
Triple_8 replied at 9-5-2024 04:43 PM
Harap tidak dibayar gaji setaraf bangla.

kalo kambeni Bumiputrak yg cedok, hadap je laaa...MNC sian siang rejek UITM student s nie...sampah katanya
Quote mejaputih 10-5-2024 06:56 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 10:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?

Itu la..universiti awam lain pun ada accounting tp x dpt top pun...
Quote shernazz 10-5-2024 07:18 AM
Nokiaman replied at 10-5-2024 06:31 AM
kalo kambeni Bumiputrak yg cedok, hadap je laaa...MNC sian siang rejek UITM student s nie...sampah ...

MNC reject..GLC amek tak graduan uitm Ni?
Huhu
Quote kakacantikkan 10-5-2024 07:29 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 10:50 PM
Apa rehsia bebudak Accounting UiTM, bagus2?

nk dpt masuk acca course uitm ni nk someone yg really bright also..straight As jugak nk kena dpt ni walaupun uitm je..course2 lelong lain maybe senang nk dpt uitm..tp utk professional course susah jugak nk dpt offer uitm pun..

kwn2 batch i 20thn dulu yg dpt smbg acca lepas diploma semua scorer DL every sem br dpt msk sini..and paper diploma utk bdk2 acctg uitm x senang ya soalan2 dia..i pnh tgk soalan2 exam dip bdk2 kuptm, sunway..x sama mcm soalan2 exam bdk dip uitm..uitm susah lg soalan dia..ni 20thn dulu ya..skrg tatau la cemana..maybe uni lain da improve as well n uitm lbh2 la susah..

acctg ni lg2 acca tu nk someone yg pandai related subject dgn real life situation..acctg ni about logical thinking..xda formula2 nk kena hafal pun..faham n pandai applied belajar dgn real life scenario then boleh la score/keje dgn baik..
Quote dua_chzy 10-5-2024 07:57 AM
Nokiaman replied at 9-5-2024 10:29 PM
Soklan Bocor kot

Ceh.
Quote dua_chzy 10-5-2024 07:58 AM
kakacantikkan replied at 9-5-2024 11:29 PM
nk dpt masuk acca course uitm ni nk someone yg really bright also..straight As jugak nk kena dpt n ...

Pehtu dah memang acca UiTM dah hada nama kan so haruslah lecturers situ berusaha maintain prestasi. Good for UiTM!
Quote dagusengett 10-5-2024 07:59 AM
Fakulti acc dari dulu dlm almost 20yrs ago mmg selalu top student 4.0 ajerr
Lagi satu course actuarial science
Quote midori888 10-5-2024 08:18 AM
shernazz replied at 10-5-2024 07:18 AM
MNC reject..GLC amek tak graduan uitm Ni?
Huhu

meols kerja MNC, ofismate meols pnh hired budak UITM, bagus jer kerja, lebih 5 tahun dia dgn kita...now budak tu dah join company MNC lain...
Quote zasrfikri 10-5-2024 09:08 AM
mmg daripada dulu lagi accounting uitm mmg power. satu lagi perhotelan dan law. tu pun power gak.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.130075 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top