CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buat Bazir Kertas Je’ – Netizen Dakwa Puisi Daiyan Trisha Tak Asli, Penerbit Buku Bersuara

10-5-2024 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23333| Komen: 15

Description: Buku puisi bertajuk Tulisan yang merupakan hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mendapat kritikan dan kecaman di media sosial.


Buku puisi bertajuk Tulisan yang merupakan hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mendapat kritikan dan kecaman di media sosial.

Menerusi ciapan di platform X, seorang individu meluahkan rasa kecewa berikutan buku tersebut didakwa tiada keaslian dalam penulisan.


Puisi yang ditulis oleh selebriti berusia 31 tahun itu juga didakwa tidak sewajarnya dijual berikutan terdapat penulisan yang terlalu ringkas.

"Saya rasa dia patut terus menjadi seorang yang bekerja dengan jenama fesyen dan jual muka je kerana sejujurnya tak ada salahnya."

"Apa yang salah adalah pokok-pokok yang terpaksa dikorbankan untuk ‘puisi-puisi’ yang teruk ini."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan dan mereka berpendapat bahawa buku tersebut tidak berbaloi untuk dibeli.

"Buat bazir kertas je dengan penulisan yang tak berbakat ini."

"Target audiences dia mesti untuk budak-budak sekolah yang tengah putus cinta."

"Berhenti terbitkan buku yang isinya hanya puisi dua ke empat baris. Berhenti jual kesedihan di balik tulisan."

"Cari quotes dekat Pinterest bersepah, jimat kertas dan duit."

"Benda macam ini lebih baik tweet je daripada buat buku."



Dalam pada itu, hantaran berkenaan juga telah mendapat perhatian pihak penerbit buku tersebut iaitu Nukilan Biruni.

Pihak penerbitan meminta individu itu memadam ciapan tersebut kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta dan tindakan undang-undang akan diambil jika individu tersebut tidak melakukannya.

Sumber: Platform X/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 9-5-2024 10:59 PM
Fefeling retis serba boleh..
Quote miss_perfect 10-5-2024 12:02 AM
Thread dah wujud lerrrr
Quote sharlenetexas 10-5-2024 01:04 AM
Bazir thread je carimro.


Quote tobobon 10-5-2024 01:29 AM
miss_perfect replied at 10-5-2024 12:02 AM
Thread dah wujud lerrrr


dah wujud thread sejam lepas pun..kalau pembuka thread Cari bla bla bla..mod takkan ambil sebarang tindakan...


depa wartawan cari > mod cari ..gituuuu
Quote Hoola 10-5-2024 07:27 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:04 AM
Bazir thread je carimro.


kan

bazir masa rkyt msia dgn brita2 retis yg x bpaedah
bazir data lg
Quote bulalof 10-5-2024 08:07 AM
acah cerdik......
Quote nisako 10-5-2024 08:16 AM
sape suruh beli hahaaaaaaaaa
Quote Hoola 10-5-2024 11:05 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:04 AM
Bazir thread je carimro.


kan

bazir masa rkyt msia dgn brita2 retis yg x bpaedah
bazir data lg
Quote Tiggybiru 10-5-2024 11:09 AM
Art is very subjective
Tp bila aku baca sekeping dua keping(yang orang duk ambil gambar post dlm social media)
I think the book/notepad is more to quotes by daiyan trisha..not poem
Up to masing2 nak beli ke tak
Sekadar dengar sebaris dua quotes and then you reflect on it pun boleh,up to you if that is your style and mind
Healing zaman skrg- bawa kerusi lipat, berhenti kat carpark malam2, pastu sembang, main fon
Aku dh tua dh, a good sleep can make my mind and body heal so well dh, esok nak bangun awal lg
Quote pakwetizzaqyah 13-5-2024 09:56 PM
budak ni apa peranan dia dalam industri hiburan sebenarnye??
Quote prettygood 15-5-2024 02:21 PM
hahahahahah kelakar weh isi dalam dia penat iols gelak semalam satu muka surat, 2 baris ayat yg bersaiz kan 4x3cm iols minat buku2 camni, ada lah beberapa kat rumah.. tpi klau dh takat tu je isi dalam, iols pun x nk beli hihi
Quote prettygood 15-5-2024 02:22 PM
pakwetizzaqyah replied at 13-5-2024 09:56 PM
budak ni apa peranan dia dalam industri hiburan sebenarnye??

penyanyi tapi tah mcm mana jdi famous sgt, maybe dri tiktok, sbb iols pun xtau lagu mana yg dh disukai ramai hihihi
Quote prettygood 15-5-2024 02:23 PM
Tiggybiru replied at 10-5-2024 11:09 AM
Art is very subjective
Tp bila aku baca sekeping dua keping(yang orang duk ambil gambar post dlm soc ...

hahahhaha setuju2
Quote kucingitam 15-5-2024 02:31 PM
prettygood replied at 15-5-2024 02:22 PM
penyanyi tapi tah mcm mana jdi famous sgt, maybe dri tiktok, sbb iols pun xtau lagu mana yg d ...

dia berlakon bnyk kat astro ceria nun...
Quote innocentsangat 15-5-2024 05:00 PM
DBP tak hendak berikan sepatah dua kata? Haha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051941 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top