CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tony Eusoff Belum Terfikir Nak Kahwin, Mahu Fokus Jaga Ibu – ‘Dia Duduk Seorang Di Kampung’

10-5-2024 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24691| Komen: 23

Description: Pelakon hebat, Tony Eusoff mendedahkan dirinya masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.


Pelakon hebat, Tony Eusoff mendedahkan dirinya masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

Ketika ditemui OhBulan!, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman berkata, keputusan itu diambil kerana dia mahu memberikan sepenuh fokus menjaga ibunya yang berada di kampung.

"Saya masih belum terfikir nak kahwin sekarang ini, sumpah. Fokus saya adalah untuk ibu saya sebab dia duduk seorang di kampung."

"Saya anak sulung dan dua beradik sahaja dengan adik saya. Jadi saya dan adik kena gilir-gilir pulang ke Sarawak untuk tengok ibu."

"Ibu saya pula tak nak datang ke Semenanjung jadi dalam setahun itu saya akan ulang alik ke Sarawak sebanyak enam kali."

Tony berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pada sidang media filem ‘The Experts’ yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun ini memaklumkan dirinya tidaklah berputus asa dalam mencari jodoh namun kehadiran rakan-rakan di sisi membuatkannya rasa sentiasa disayangi dan dihargai.

"Nak kata putus asa itu tidaklah. Mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun akan datang baru saya akan bertemu jodoh."

"Kita tak tahu masa depan macam mana, never say never."

"Tapi saya rasa bersyukur sebab saya tidak kesunyian sebab adanya kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan selalu ada untuk saya."

"Jadi saya rasa bersyukur saya masih disayangi ramai meskipun saya masih belum berumah tangga."

Sumber : OhBulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-5-2024 11:04 PM
Tak pernah baca gosip Tony Eusoff ada gf.

Mahupun bf.
Quote sharlenetexas 10-5-2024 01:03 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 11:04 PM
Tak pernah baca gosip Tony Eusoff ada gf.

Mahupun bf.

Heols mcm laki bini dgn gf meleis.


Quote Naftalena 10-5-2024 01:21 AM
bukan ke heols dengan rosanna tun musa?
Quote sharlenetexas 10-5-2024 02:35 AM
Tiap kali tanya pasal kawin mulalah acah2 inesen.

Quote sharlenetexas 10-5-2024 02:35 AM
Naftalena replied at 10-5-2024 01:21 AM
bukan ke heols dengan rosanna tun musa?

Siap share bela anjing.

Quote NuansaBiru 10-5-2024 03:14 AM
Why buy a cow when u already got free milk, begituh konsepnya
Quote Kurex 10-5-2024 03:21 AM
sejak bila sheols pelakon hebat?
Quote SalenaGomez 10-5-2024 06:14 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 02:35 AM
Siap share bela anjing.

Xpelik sbb dia mmg non muslim. Cuma yg share partner tu la. Tapi gang2 urban kot kan, so x pelik juga
Quote winky1 10-5-2024 06:14 AM
Naftalena replied at 10-5-2024 01:21 AM
bukan ke heols dengan rosanna tun musa?

Split rasa.
Quote dua_chzy 10-5-2024 06:26 AM
sharlenetexas replied at 9-5-2024 05:03 PM
Heols mcm laki bini dgn gf meleis.


Ooo aiol tak follow cerita si Tony ni.
Quote kaedahnya 10-5-2024 08:08 AM
dulu ada drama apa tah dia shirtless mandi kolam renang, fuhh.
Quote bottombikini 10-5-2024 08:11 AM
oooo straight ke
ingatkan in the closet
Quote pocongkiutss 10-5-2024 08:27 AM
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:03 AM
Heols mcm laki bini dgn gf meleis.

Oh ye ke..selama ni ingtkan dia rogayah..ampunn
Quote BoongaKertas 10-5-2024 08:58 AM
terus zass meols google psl heols and beau heols. then keluar psl dadih. pernah kena penjara rupanya heols.
Quote tulip-rain 10-5-2024 09:07 AM
Aku ingat dia dah kahwin dan jenis tak tayang isteri. Rupanya belum kahwin.
Quote rosewhite 10-5-2024 09:10 AM
BoongaKertas replied at 10-5-2024 08:58 AM
terus zass meols google psl heols and beau heols. then keluar psl dadih. pernah kena penjara rupanya ...

aah, penjara kat singapore
Quote prince_marhaen 10-5-2024 09:55 AM
bottombikini: oooo straight keingatkan in the closet


heols hentam dua-dua... hehehehe..

Quote duri_durians 10-5-2024 11:36 AM
ritu kat Sinar, Dina call Tony utk wish birthday. bunyi hensem and baik gila dalam call tu. lawak spontan lak. lepas Dina nyanyi, Tony cakap 'Dina, jom kahwin'.

ye aku tau mungkin Tony cuma berbasa-basi tapi bunyi dia tak fake, bukan dipaksa-paksa..
Quote zuriey 10-5-2024 02:46 PM
Oo ada mak gula2 rupanya
Berlakon setahun sekali pun tak pe duit kepuk2 mak gula boleh bagi

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054834 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top