CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Boikot calon PH tindakan makan diri’

29-4-2024 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5578| Komen: 8

Description: HULU SELANGOR – Cadangan Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) untuk memboikot calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao hanya akan memakan diri sendiri khususnya buat masyarakat Indi ...

HULU SELANGOR – Cadangan Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) untuk memboikot calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao hanya akan memakan diri sendiri khususnya buat masyarakat India.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) I, Ramanan Ramakrishnan berkata, ia kerana tiada kepastian bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain dapat memberikan bantuan kepada komuniti India di Kuala Kubu Baharu.

“(P. Ramasamy) cakap pandai untuk boikot tidak mengapa, tapi jika ADUN yang menang selepas ini tak dapat tolong mereka, adakah beliau akan pergi tolong (penduduk). Sebab saya sudah lihat banyak kali, lepas menang kita bukan kerajaan negeri dan tiada peruntukan.

“Siapa komuniti India yang yakin dengan beliau ikutlah tapi bila masalah datang saya minta P. Ramasamy selesaikan masalah penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program sembang santai Vanakam Madani di Auditorium Dato Abdul Halim, Batang Kali, di sini hari ini.


Dalam pada itu, masyarakat India di Kuala Kubu Baharu mendakwa mereka tercicir daripada menerima bantuan dan faedah yang diberikan kerajaan kepada rakyat.

Ramanan berkata, dakwaan itu susulan kekeliruan daripada persepsi yang dimainkan oleh pihak tertentu hingga menyebabkan masyarakat Indian tidak mendapat maklumat tepat.

“Memang keliru la perasaan mereka. Sebab tadi yang saya pun dapat tahu semua melahirkan kemarahan.

“Berita yang disensasikan pembangkang , dia buat fitnah, tohmahan yang tidak betul, dia keluarkan, jadi itu yang mereka dapat,” katanya pada program sembang santai Vanakam Madani di Auditorium Dato Abdul Halim, Batang Kali, di sini hari ini.

Tinjuan Kosmo! di sini mendapati kira-kira 300 masyarakat India di Kuala Kubu Baharu menghadiri program berkenaan.

Antara isu yang dibangkitkan iaitu mereka tidak menerima inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan susulan tidak menerima maklumat tepat berhubung perkara terbabit.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, beliau terkejut mendengar rungutan tersebut dan akan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya

“Kalau kita tengok, mereka tidak tahu sebenarnya apa inisiatif-inisiatif yang ada. Mereka marah sebab dia orang cakap Perdana Menteri tidak buat apa-apa untuk mereka. Tetapi selepas diberi penjelasan, semua okey,” ujarnya.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Khairul Azhari Suat (Perikatan Nasional) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 29-4-2024 08:29 AM
betul la ape dia ckp, kalau takat pilihanraya kecik2 ni pangkah je la parti kerajaan,'
nt pru baru la pangkah parti pilihan
Quote Triple_8 29-4-2024 08:36 AM
Melayu kena mengundi macam non-malay dan orang Kelate, undi parti kita, bukan undi siapa yang tolong kita.
Quote Inigo-Montoya 29-4-2024 01:43 PM
masa nak mengundi semua bulan bintang dah menang jalan penuh berlubang pun lambat settle
Quote grouper 29-4-2024 03:03 PM
Klau jadi pembangkang mmg xdpt peruntukan langsung ke..
Quote Skuau 29-4-2024 06:23 PM
HAK MEMASING LA NAK UNDI SAPA,PARTI MANA
Quote naj13 29-4-2024 07:50 PM
Ehh tu bukan kawasan DAP ker sebelum ni? Maknanya under DAP pun terpinggir gak la kan komuniti India KKB
Quote Perwira2022 29-4-2024 08:16 PM
Awal2 dah ugut rakyat. Takde beza PH dengan rejim Zionis.
Quote akusukaq 2-5-2024 03:08 AM
PRU pun lama lagi mcm rugi lah kalu pilih parti yg tak dapat cukup peruntukan. Pembangkang menang pun mcm tak bawak apa apa kesan pd pengundi.Takat menang sorak je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.420365 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top