CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belajar dari kelemahan lampau terkait budaya rasuah- Anwar

29-4-2024 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5256| Komen: 6

Description: PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara masih perlu belajar dari pengalaman dan kelemahan lampau terkait budaya rasuah yang sistemik serta jurang antara golongan m ...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara masih perlu belajar dari pengalaman dan kelemahan lampau terkait budaya rasuah yang sistemik serta jurang antara golongan miskin dan mahakaya yang masih melebar.

Anwar dalam satu hantaran berkata, kelemahan-kelemahan itu menjadi faktor mendorong Kerajaan Madani memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperbaiki tatakelola dan tanggungjawab fiskal bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati kemakmuran berpanjangan dan kualiti hidup yang lebih baik.

“Di hadapan pemimpin dunia dan perniagaan, saya turut berkongsi strategi dasar luar Malaysia yang berjaya membina hubungan yang baik serta mengimbangi pengaruh kuasa besar ekonomi dunia antara Amerika Syarikat dan China menerusi pendekatan bijaksana.

“Meskipun Malaysia amat mengalu-alukan pelaburan, namun kita tidak menggadaikan prinsip dan tegas dalam pendirian terkait isu geopolitik dunia,” katanya di sini hari ini.


Anwar berkata, Malaysia tidak tunduk pada provokasi, syarat dan tekanan semata-mata demi perjanjian perdagangan.

Terdahulu, Anwar memulakan hari pertama Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) hari ini dengan menghadiri sesi Pembukaan Pleno: Visi Baharu untuk Pembangunan Global selaku ahli panel bersama ketua-ketua negara dan pimpinan perniagaan dunia.

“Saya zahirkan penghargaan buat Kerajaan Arab Saudi yang mengadakan mesyuarat penting ini di tengah-tengah ketegangan geopolitik serantau.

“Arab Saudi juga semakin mendapat perhatian dunia, khususnya daripada negara-negara Islam apabila mula mengorak langkah menerajui aspek kemajuan, globalisasi, transformasi digital, dan peralihan tenaga,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyatakan betapa Malaysia sebuah negara yang bertuah dengan ekonomi yang kembali bertumbuh pesat serta menikmati keamanan dan kestabilan politik, ketimbang negara-negara lain yang masih berdepan kegawatan politik dan ekonomi yang kritikal. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-4-2024 01:43 PM
buka mulut je.........
Quote mojarean_X 29-4-2024 01:51 PM
Lama juga ye dia ni jd PM. Iols nk tido dulu ye. Nanti kejutkan iols bila PM dh tukar
Quote xy_daen 29-4-2024 04:24 PM
Eleh sembang
Quote any42 29-4-2024 05:55 PM
Okkkkkkkkkkk. nextttt
Quote Skuau 29-4-2024 06:25 PM
"betul...betul...betul"-ak47
Quote kasibiman 30-4-2024 05:36 AM
Bukan ke jurang miskin kaya itu kesan sistemik kebodohan polisi pentadbiran yg menindas golongan pekerja Dan disincentivise innovation dgn kemasukan banglasia?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.245092 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top