CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Sedih Dihina Kerja Hantar Barang "Lalamove"

29-4-2024 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11240| Komen: 88

Description: LAMA tidak muncul menerusi drama televisyen susulan terpalit pelbagai kontroversi rumah tangga, rupa-rupanya pelakon Hafidz Roshdi sudah mempunyai pekerjaan baharu iaitu sebagai penghantar Lalamove.

LAMA tidak muncul menerusi drama televisyen susulan terpalit pelbagai kontroversi rumah tangga, rupa-rupanya pelakon Hafidz Roshdi sudah mempunyai pekerjaan baharu iaitu sebagai penghantar Lalamove.

Gembira dapat terus mencari rezeki halal buat keluarga, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, bagaimanapun berasa kesal apabila terdapat segelintir pihak menghina pekerjaannya itu.

“Saya gembira sahaja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ini,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu juga memohon orang ramai mendoakannya dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat bekerja demi menafkahi anak-anak.

“Apa pun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak,” tuturnya.

Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah mendedahkan aktor tersebut culas membayar nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Kata Shuhada, Hafidz hanya memberi nafkah sebanyak RM100 untuk setiap anak mereka.

Bagaimanapun pada Mac lalu, Shuhada memaklumkan Hafidz sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkan untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.

Isu kewangan Hafidz terus berlarutan apabila baru-baru ini dia dikatakan tidak memberikan komitmen penuh dam masih culas membayar nafkah anak-anak.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.

Hafidz kemudian bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. 

Sumber – HIBGLAM.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 29-4-2024 09:20 AM
Tekpe apis elok lah bawak lalamove daripada dok buat content bodoh, lompat2 mcm terencat.. Muka dah cat habis pun tetap nampak buruk  
Quote DARSITA 29-4-2024 09:33 AM

eleh eleh sedih takat diejek gitu .. diejek jantan curang tak pun sedih ek? berskandal dgn meninggalkan anak anak tak lak sedih ek?
Quote anilanil 29-4-2024 09:40 AM
Stop la keje lala move. Masuk gym balik practice boxing. Ko kan pandai tumbuk org. Nnt buat re-match balik ngan aedy ashraf. Mcm tak puas lagi la nengok aedy bantai ko.
Quote bitterchoc 29-4-2024 10:00 AM

Heols ni ada degree kan? Apsal tak cuba cari kerja tetap, walaupun kena mula dari junior officer.
Quote kuzaime 29-4-2024 10:07 AM
Sebut pasal nafkah anak, td baru terbaca kat fb yg ubai cakap ex laki sheila stop bagI nafkah anaknya lepas sheila kawin baru. Wallahu'alam x taulah betul ke x sebab selalu page2 kat fb tu tajuk bukan main hujung2 kluar link shopee
Quote beni_nikaido 29-4-2024 10:13 AM
sape pulak yg hina kerja lalalala ni?
kerja tu mulia je.
x yah la buat cerita org hina
Quote Sagun36 29-4-2024 10:15 AM
Tak da sapa yang hina kot, cuma dia sendiri rasa insecure kerja mcm tu.
Quote kucingitam 29-4-2024 10:16 AM
dewi_rina replied at 29-4-2024 09:20 AM
Tekpe apis elok lah bawak lalamove daripada dok buat content bodoh, lompat2 mcm terencat.. Muka dah  ...

ini setuju sangat...
Quote Kurex 29-4-2024 10:17 AM
iols ok je keje apa2.. jangan jadi macam bekas betina kau, doplohpatjam socmed, bila takde duit, ,merayu sumbangan ramai. bagus jugak la kau cerai dgn pompuan yg penuh vibe negatip tu
Quote lightheaded67 29-4-2024 10:18 AM
Edited by lightheaded67 at 29-4-2024 10:36 AM

ngada ngada nya lah. laki org lain lagi mcm mcm kena hina lah. jantan gedik. eh aku plak emo paham je dia jwab soklan reputs. (jap, ai bukan karatz shu. tp ai rasa deme spadan je dua, sorg manja ngada sorg toksik)
Quote emera 29-4-2024 10:19 AM
Korg yg hentam dia ni mesti x tau apa yg trigger mamat ni ckp camtu kannnn kan kan kan??
Quote lightheaded67 29-4-2024 10:21 AM
emera replied at 29-4-2024 10:19 AM
Korg yg hentam dia ni mesti x tau apa yg trigger mamat ni ckp camtu kannnn kan kan kan??

ex bini sindir dia kan
Quote Glass_shoes 29-4-2024 10:24 AM
Sagun36 replied at 29-4-2024 10:15 AM
Tak da sapa yang hina kot, cuma dia sendiri rasa insecure kerja mcm tu.

Janda dia gerga hadid peghelih yg hina @asfaz
Quote dreamcatcher 29-4-2024 10:26 AM
Xyah nak buat sedih itu la ini la. Wpun ex wife dia annoying, tapi tu tak menutup cerita lama dia berskandal masa masih laki bini. Dua2 perangai lahanat sebenarnya.
Quote heythere123 29-4-2024 10:42 AM
ala sedihnya, patut kita sama2 nangis berjemaah dengan dia

time kau buat palat lupa, dah jadi camni pandai pulak
Quote heythere123 29-4-2024 10:43 AM
dreamcatcher replied at 29-4-2024 10:26 AM
Xyah nak buat sedih itu la ini la. Wpun ex wife dia annoying, tapi tu tak menutup cerita lama dia be ...

ya, paling meols benci certain porumer terus lupa apa heols dah buat yang sampai trigger wife tu jadi weng camtu.

meols pon benci gak perangai shu sekarang, tapi takde la level nak nyanyuk pasal perangai dak apis ni
Quote edayildiz 29-4-2024 10:45 AM
nape nk sedih keja halal kot..org hina sbb perangai ko je..
i pernah suka kt he dulu tp tu la mental lak
tu la kawen muda..
Quote heythere123 29-4-2024 10:45 AM
lightheaded67 replied at 29-4-2024 10:18 AM
ngada ngada nya lah. laki org lain lagi mcm mcm kena hina lah. jantan gedik. eh aku plak emo  : ...

orang panggil mamat snowflake la kalau setakat level kena sindir ngan ex wife pon nak kena sedih bagai

heols sebenarnya bukan sedih, cuma nak buat citer sedih untuk dapat simpati netizen.

Quote Piramida 29-4-2024 10:46 AM
Biarlah org tu nak kerja apa janji halal.
Tak kerja nanti netizen mengutuk. Aptb.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.158821 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top