CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Di Mekah, Saya Doa Semuanya Elok Semula – Ruhainies

29-4-2024 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7986| Komen: 33

Description: DIHAMBAT kontroversi tangkap khalwat dan digelar penyondol rumah tangga orang, pelakon Ruhainies menganggap semua itu sebagai satu bentuk ujian dalam hidupnya.

DIHAMBAT kontroversi tangkap khalwat dan digelar penyondol rumah tangga orang, pelakon Ruhainies menganggap semua itu sebagai satu bentuk ujian dalam hidupnya.

Sedar diri dikecam teruk, Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengambil iktibar atas semua yang terjadi.

“Saya ambil benda ini sebagai ujian dan hikmah. Saya juga tak boleh salahkan netizen dan minta maaf kepada semua yang terlibat.

“Kalau saya ada di tempat mereka (netizen), mungkin juga saya akan lebih marah daripada mereka ketika ini.

“Saya tak mahu tegakkan benang yang basah walaupun ada story (cerita) di sebaliknya dan ingin meletakkan noktah untuk semuanya,” katanya.

Bintang drama Cukup Derita Itu juga berulang kali meluahkan hasrat untuk mencari titik pendamaian dengan pelakon, Bella Astillah selepas semua kemelut yang melanda mereka ketika ini.


“Saya nak berdamai dan mahu semua orang gembira semula. Ini semua pengajaran yang mahal dan saya tak suka bergaduh dengan orang.

“Kalau saya tetap berbalas kenyataan, bila benda ini nak berakhir?

“Saya tak mahu paksa Bella terima saya semula, apatah lagi nak berkawan semula. Harapnya tiada pihak mengeruhkan lagi keadaan sekarang,” jelasnya.

Berharap segala-galanya akan pulih, Ruhainies mengakui turut menadah tangan berdoa di Tanah Suci agar kemelut yang melanda segera berakhir.

“Saya cuma minta pihak sana memaafkan. Ketika di Mekah, saya banyak berdoa agar semuanya elok semula. Dengar seperti mustahil tetapi itulah harapan saya.

“Kita berdamailah dengan semua orang,” tuturnya dalam nada sebak.

Pada 8 Mac lalu, nama Ruhainies meledak selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kemunculan wanita yang juga kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine baru-baru ini turut mengeruhkan lagi keadaan apabila dia mendedahkan Ruhainies dan Aliff berkomplot untuk menjatuhkan Bella.

Bahkan, hubungan mereka masih terjalin meskipun selepas Aliff ditangkap khalwat.

Rentetan daripada kes tangkap khalwat, Bella juga nekad menfailkan cerai terhadap Aliff pada 11 Mac lalu.

Namun, Alif pada 4 April lalu enggan menceraikan isterinya atas alasan masih menyayangi Bella. 

Sumber – HIBGLAM.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 29-4-2024 08:03 AM
Sepertinya Allah mendengar doa NRF yang sangat ikhlas.
Lalu Dia hadirkan SY untuk membantu NRF.



NRF dah bolen cari tapak tepi jalan untuk niaga nasi lemak.
Moga viral seperti Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Janda. Untuk kelansungan hidup di Pavilion Suite.
N.L.P.
Quote Shayang 29-4-2024 08:17 AM
Bukan ke masa kat mekah kamu post quote ala2 warning lupa dah ayatnya cemana tp mcm sebut
Jgn main2 dgn perempuan yg diam ke apatah, kedengaran mcm bersusun plan nak jatuh kan org kan.

Tiber nada berubah plak bila semuanya dah terbongkar.

Maybe leh dapat kemaafan tp takkan melupakan apa yg dh kamu buat
Quote Frangapini 29-4-2024 08:27 AM
You are cancelled
Quote ues1331 29-4-2024 08:32 AM
Selagi ko ngulang alasan 'ada cerita disebaliknya' selagi tulah sebenarnya ko nak tegakkan benang yang basah. Just minta maaf and thats it, stop giving excuses.
Quote Pak.dolla 29-4-2024 08:33 AM
codenamedream replied at 29-4-2024 12:03 AM
Sepertinya Allah mendengar doa NRF yang sangat ikhlas.
Lalu Dia hadirkan SY untuk membantu NRF.


.
.
.
ko jgn main² tau...

ramai yg meniaga nasi lemak tepi jln tu ramai yg jutawan senyap tau...

ada acik² vendor tu letak nasik lemak kat kedai sehari untung RM500 hengget tau...
Quote Fazzbulous 29-4-2024 08:33 AM
hanya Allah yg maha mengthui isi hati,niat ko, perancangan ko wahai si kemut...ko rancang la mcmane pn,klu Allah tak izin,tak jdi la ia..ni bru Allah twist skit je...huru hara hdup ko...jgn guna Allah utk ttup kesalahan yg ko da buat...ingt tu
Quote merah_arjuna 29-4-2024 08:57 AM
Elok pepek kau..nak ke mekah sempat lg kau menjalang dgn laki org tu..dimekah sempat lg kau wasap2..lepas tu acah good2 pulak..
Quote marchikobonzo 29-4-2024 09:35 AM
Bij..kat sana pun kemain kau "need new wallpaper" la, "truth will prevail" la, jgn provoke orang yg dah lama diam la..kau buat baik ni pun sb dah kantoi busuk..bukan ikhlas pun..
Quote abadi84 29-4-2024 09:39 AM
merah_arjuna replied at 29-4-2024 08:57 AM
Elok pepek kau..nak ke mekah sempat lg kau menjalang dgn laki org tu..dimekah sempat lg kau wasap2.. ...

Bkn ke kat Mekah sempat plan nak matchy2 dgn si Alep??
Quote Sesuatu… 29-4-2024 12:38 PM
abadi84 replied at 29-4-2024 09:39 AM
Bkn ke kat Mekah sempat plan nak matchy2 dgn si Alep??

Kaka aku baru nk petik point ni.

Kemut sembang mcm kita xbaca whatsapp dia-putik. Nk kona tang mana weh. Diam lebih baik skrg ni. Org tny pun diam sbb bila berckp tu nmpk bodoh
Quote aldinaa 29-4-2024 12:46 PM
ikut je la aturan Allah. Jangan nak memandai mandai lagi lepas ni. doa macam dah nk makbul je ni.
Quote MadameOnion 29-4-2024 12:55 PM
dasar betina penunggang agama
Quote MadameOnion 29-4-2024 12:56 PM
codenamedream replied at 29-4-2024 08:03 AM
Sepertinya Allah mendengar doa NRF yang sangat ikhlas.
Lalu Dia hadirkan SY untuk membantu NRF.

Nasi lemak penyondol
Quote SedihPedih 29-4-2024 12:58 PM
sheols ni x penat ke bermuka2 ni?  last2 netizen x percaya ajew. Baik senyap aja
Quote Incanto 29-4-2024 12:59 PM
Tak semua doa di makbulkan Allah walau di Tanah Suci pun
Quote She-Ra 29-4-2024 01:01 PM
Shayang replied at 29-4-2024 08:17 AM
Bukan ke masa kat mekah kamu post quote ala2 warning lupa dah ayatnya cemana tp mcm sebut
Jgn main2  ...

rasanya dia bongkak kemain sb topi nasik kapla munafik la tuu
kan dorg diskas nak bongkar kecurangan bella dgn muas
yakin naw dia di pihak yg benar belaka.. hakikatnya apa yg dorg plan tu adalah antara yg terpaling jahat
si topi nasik yg bg idea utk jgn ceraikan bella kan.. mental toture! gila. ini yg korg nak sanjung? munafik hunter kononnnn.. elok ckp dpn cermin, mantul!
Quote deebiz14 29-4-2024 01:11 PM
Edited by deebiz14 at 29-4-2024 01:15 PM
codenamedream replied at 29-4-2024 08:03 AM
Sepertinya Allah mendengar doa NRF yang sangat ikhlas.
Lalu Dia hadirkan SY untuk membantu NRF.

Kekek ah. Niari meols dok gelak je bace 'rintihan' poremer2x.
Seharusnya Nasi Lemak Kemut Berdebu warung dinamakan.

Quote FanCT 29-4-2024 01:19 PM
Kalau slps kes khalwat hrtu dia dah btol2 mnyesal n minta maaf,xde kata buruk psl bella,dll lain2 lepas tu...rasanya lama dah settle..ni bru nak mintaa maaf lepas smua kantoi..mmg xla netizen maafkan
Quote noor2 29-4-2024 01:22 PM
Org lepas pi mekah elokla bertudung...lepas tu buangla segala maksiat, x perlu bersugar daddy dah..ni sama je perangai ko....ptuihhhh..utk apa ko pi mekah??

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.082517 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top