CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura hilang takut nak terima watak penyondol, terima pun alasan ‘penyondol tak sengaja’

29-4-2024 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 62105| Komen: 1487

Description: Jelitawan kesayangan ramai, Nur Fazura mengakui awalnya takut melakonkan watak penyondol dalam drama fenomena, Lelaki Itu.

Jelitawan kesayangan ramai, Nur Fazura mengakui awalnya takut melakonkan watak penyondol dalam drama fenomena, Lelaki Itu.

Kegusaran pelakon berstatus ibu anak satu itu bagaimanapun terpadam setelah diyakinkan penerbit juga pengarah handalan, Erma Fatima yang menggelarkan penampilannya sebagai perampas  ‘terhormat’ bernama Imani dalam naskhah berkenaan sebagai penyondol ‘tidak sengaja’ atau terjadi secara tanpa dirancang dengan niat merampas kebahagiaan orang lain.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, perasan takut muncul saat pertama kali skrip tulisan Erma Fatima itu sampai ke tangannya.

“Saya beritahu Erma saya takut untuk bawa watak penyondol tapi dia cakap tak payah takut. Kau tu ‘penyondol’ tak sengaja.

“Bila saya fikir balik, memang betul kita selalu nak kecam penyondol. Tetapi kita tahu tak apa yang berlaku di sebalik perkahwinan seseorang itu. Mungkin ada kekurangan masing-masing yang menyebabkan terjadinya isu poligami.


“Saya ambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya pilih untuk bersikap terbuka,” katanya kepada Kosmo Online ketika ditemui di majlis rumah terbuka Fazura, semalam.

Menerusi drama Lelaki Itu, Fazura memegang watak sebagai Imani yang bernikah secara rahsia dengan majikannya, Syed Mirza lakonan Datuk Adi Putra.

Baru-baru ini juga tular dalam media sosial klip video memaparkan satu dialog watak Imani yang berbunyi penyondol atau perampas tetap isteri yang sah dan tidak pernah ada dalam hukum mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak untuk menuntut haknuya.

Dialog tersebut telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen, masing-masing tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Imani.

Menjawab isu tersebut, Fazura berkata dia sekadar mengikut kehendak skrip sebagai pelakon yang makan gaji.

“Skrip bukan saya yang buat. Ramai mungkin yang tak faham, saya hanya menjalankan tugas. Skrip Lelaki Itu adalah olahan Erma. Dia punya interpretasi tersendiri. Dia pernah cakap banyak mesej yang nak disampaikan dalam naskhah ini.

“Kepada yang marah-marah di luar sana tu kena faham saya Fazura, yang anda tonton dalam drama itu Imani.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon yang dibayar untuk mengikut kehendak skrip. Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon menyampaikan apa yang pengarah dan penulis skrip mahukan,” ujarnya.

Terdahulu, drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan fenomena tersendiri.

Drama arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif Itu bukan sahaja mendapat perhatian kerana barisan pelakonnya yang popular dan sedap mata memandang, tetapi mempunyai banyak ‘plot twist’ yang membuatkan penonton tergamam.

Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk Adi Putra, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Nadia Brian dan ramai lagi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 29-4-2024 08:04 AM
Edited by codenamedream at 29-4-2024 08:06 AM

Terima Kasih Wartawan Cari.. Tahu je kami perlu thread baru
[youtube]y0uPN2An1ic[/youtube]
Quote cmf_kikey 29-4-2024 08:17 AM
Hahhahahaa..rumah lama dh kena tutup pintu, tercari2 kat mana nak bermastautin. Terima kasih la yeee
Quote September14 29-4-2024 08:20 AM
Dia xde kes mnyondol kn
Quote codenamedream 29-4-2024 08:25 AM
cmf_kikey replied at 29-4-2024 08:17 AM
Hahhahahaa..rumah lama dh kena tutup pintu, tercari2 kat mana nak bermastautin. Terima kasih la yeee ...

Malam ni final episode. Kenalah buka untuk perbicaraan mahkamah cari
Quote eely_shana 29-4-2024 08:26 AM
codenamedream replied at 29-4-2024 08:25 AM
Malam ni final episode. Kenalah buka untuk perbicaraan mahkamah cari

Jom kota discuss episod akhir LI malam ni
Quote Geeayden 29-4-2024 08:27 AM
Hsc2 episode akhir dah tengok ada kat astro go
Quote eely_shana 29-4-2024 08:28 AM
cmf_kikey replied at 29-4-2024 08:17 AM
Hahhahahaa..rumah lama dh kena tutup pintu, tercari2 kat mana nak bermastautin. Terima kasih la yeee ...

Kena tagged yg lain2 yg biasa bediskusi psl LI
Quote eely_shana 29-4-2024 08:28 AM
Geeayden replied at 29-4-2024 08:27 AM
Hsc2 episode akhir dah tengok ada kat astro go

Telegram ada tak?
Quote Fly_over 29-4-2024 08:30 AM
eely_shana replied at 29-4-2024 08:26 AM
Jom kota discuss episod akhir LI malam ni

malam ni baru last? ingat dah minggu lepas last.
Quote eely_shana 29-4-2024 08:31 AM
Fly_over replied at 29-4-2024 08:30 AM
malam ni baru last? ingat dah minggu lepas last.

Ye mlm ni. Esok racun rihana
Quote Geeayden 29-4-2024 08:31 AM
eely_shana replied at 29-4-2024 08:28 AM
Telegram ada tak?

X pasti...
Quote codenamedream 29-4-2024 08:32 AM
Geeayden replied at 29-4-2024 08:27 AM
Hsc2 episode akhir dah tengok ada kat astro go

Wokeyyyyy.
Nak tgk Superstar Nyamma
Quote aemon 29-4-2024 08:33 AM
Edited by aemon at 29-4-2024 08:42 AM

Eleh mok cun tu.mcm la org x tau dia pernah sondol ex laki dari engkaulah jejaka idaman.lol
Quote I.K.A888990 29-4-2024 08:44 AM
pape pun kiah mmg tak suka imani..kalau betul syg laki tu & kau pulak rapat dgn bini ya buatlah cara baik minta izin utk jadi yg kedua..yg mirza mmg notelo la hauknya..yg hang pun sama hauk menipu diam2 gak lpstu sibuk nak tuntut hak harta sepencarian tu
Quote I.K.A888990 29-4-2024 08:45 AM
tgk kat astro guide tu katanya qaidah nak jual rumah depa tanpa bgtau anak2..agak2 camne la ending dia eh
Quote eely_shana 29-4-2024 08:46 AM
I.K.A888990 replied at 29-4-2024 08:44 AM
pape pun kiah mmg tak suka imani..kalau betul syg laki tu & kau pulak rapat dgn bini ya buatlah cara ...

Ye betul tu. Kita tak sokong “watak imani” kawen senyap2 dgn boss.
Quote eely_shana 29-4-2024 08:46 AM
I.K.A888990 replied at 29-4-2024 08:45 AM
tgk kat astro guide tu katanya qaidah nak jual rumah depa tanpa bgtau anak2..agak2 camne la ending d ...

Rumah yg depa duduk atau rumah imani yg dirampas tu?
Quote I.K.A888990 29-4-2024 08:48 AM
eely_shana replied at 29-4-2024 08:46 AM
Ye betul tu. Kita tak sokong “watak imani” kawen senyap2 dgn boss.

yezza mmg tak menghalalkan cara depa...kalau dah gatai nau nak sgt kat bos tu hang suruh bos hang dgn hang sama2 pi hadap bini pertama..haaaa kalau lagu ni takda la penyondol tersondol disondol semua
Quote I.K.A888990 29-4-2024 08:50 AM
eely_shana replied at 29-4-2024 08:46 AM
Rumah yg depa duduk atau rumah imani yg dirampas tu?

rumah qaidah ikut astro tu..
mcm mana la nnt kan

Lihat semua komen(1487)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.217640 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top