CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga ekor anjing ditangkap, kejar budak hingga nyaris digilis kereta

29-4-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7323| Komen: 16

Description: LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menangkap tiga ekor anjing termasuk seekor berwarna putih yang mengejar kanak-kanak sehingga terlibat kemalangan jalan raya dan tular dalam media sosial semal ...

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menangkap tiga ekor anjing termasuk seekor berwarna putih yang mengejar kanak-kanak sehingga terlibat kemalangan jalan raya dan tular dalam media sosial semalam.

Menurut Unit Haiwan Merayau Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM, tangkapan itu dilakukan pada pukul 11 pagi semalam selepas menerima aduan mengenai kejadian tersebut.

“Anjing tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993,” katanya di sini hari ini.

Semalam, tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan, pukul 8.54 pagi semalam.

Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing berwarna putih.

Kanak-kanak tersebut terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi dan terjatuh, seterusnya nyaris digilis sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan.

Pemandu kereta Proton Wira tersebut sempat mengelak menaiki atas pembahagi jalan, manakala kanak-kanak tersebut selamat dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

TIGA ekor anjing termasuk berwarna putih yang ditangkap kerana mengejar kanak-kanak sehingga berlaku kemalangan jalan raya. – Foto IHSAN PDRM

Menurut MPM, berdasarkan semakan dan siasatan, anjing tersebut berlesen dan mempunyai pemilik, justeru pihaknya menyita tiga ekor anjing termasuk anjing tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Satu laporan dibuat setelah video tersebut tular di media sosial dan aduan tersebut disalurkan kepada MPM untuk diambil tindakan,” ujar beliau. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 29-4-2024 08:24 AM
mana pencinta anjing...
tak nak demo ke
Quote pooh~key 29-4-2024 08:26 AM
Akak tak tau nak support anjing ke nak support budak manusia tu sissy. Sebab akak pembenci manusia, yet bukanlah pencinta haiwan jua dek.

Gi mamposlah korang dan koanjing semua dek.
Quote midori888 29-4-2024 08:34 AM
Edited by midori888 at 29-4-2024 08:42 AM

sila saman tuan anjing....
teringat dulu meols pnh jalan2 kat germany, lupa dah which city...ada ppuan nie dgn anjing dia dok kat sidewalk coffee shop, pastu anjing dia asyik menyalak kat sorang budak kecik berdekatan smp takut budak tu...terus mak budak tu maki ppuan pemilik anjing tu...kecoh kejap kat situ...yerlah anjing dia dok nyalak memekak, dia buat taktau jer...

to meols lantak lah ko nak bawa anjing ko kat luar, tapi biarlah guna leash...dont be selfish, think of other ppl safety just incase anjing ko buat perangai.
Quote copy_paste 29-4-2024 08:36 AM
anjir bertuan lg suka mengejar org dari anjir jalanan,
Quote copy_paste 29-4-2024 08:36 AM
pooh~key replied at 29-4-2024 08:26 AM
Akak tak tau nak support anjing ke nak support budak manusia tu sissy. Sebab akak pembenci manusia,  ...

da mmg salah tuan anjir tu x jaga anjir dia bebetul,
Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:04 AM
mohon yg bekap anjing tu, sila lah bela depa. iols seriau habis tgk vid budak2 tu nyaris digilis.
Quote Kurex 29-4-2024 10:49 AM
bela pandai tapi tak reti jaga.. sama jugak yg jenis bela haiwan, bila kau taknak, kau buang haiwan tu.. sian deols
Quote SecretLuv 29-4-2024 03:04 PM
Ada video dari awal ke. Kot budak tu ada kacau anjing2 tu ke, sampai anjing tu kejar dia. Kadang2 ada budak suka usik2 baling2 batu la apa la kat anjing/kucing.
Quote airfilterkotor 29-4-2024 06:14 PM
Jarang dengar kucing bertuan kacau orang tepi jalan.
Quote shernazz 29-4-2024 06:26 PM
Elok la sita..
Tuan anjing pung dok Makan nasik ka Sampai anjing kejar budak.pung tak sedar..
Ke Kau buat tak.tau?
Quote akies 29-4-2024 06:36 PM
Ya Allah! Berderau tgk adik tu ligan lari ingatkan sesaje je lintas
rupanya kena kejar anjing.
Quote mawarika 29-4-2024 07:40 PM
Beza komen Kat fb nst.. anjing tak barsalah ye..
Quote bebulu 30-4-2024 05:32 AM
Tempat aku ni anjing masuk surau , berak dalam surau. Hairan aku dengan binatang ni. Seluas2 alam di luar tu, dah kenapa ko nak berak juga dalam surau? Tu satu hal. Sementara sebelum berak tu, dah tentu anjink2 tu ronda2 dulu dalam surau tu kan? Guling2 atas karpet.

Tapi tula. Dah pintu tak tutup.
Quote airfilterkotor 30-4-2024 05:40 AM
Tuan dia tak ditangkap dan sumbat sekali dalam sangkar kaa?
Pandai bela, tak reti jaga astu membahayakan nyawa orang lain.

Kaa... tuan dia pun ada kat OKU.
Quote airfilterkotor 30-4-2024 05:43 AM
Tuan anjirr cuai, dan menyebabkan kacau ganggu dan keselamatan awam.
Quote krustykrab 30-4-2024 05:50 AM
airfilterkotor replied at 29-4-2024 06:14 PM
Jarang dengar kucing bertuan kacau orang tepi jalan.

Biasanya org yg suka kacau kucing. Elok2 kucing tu baring, pi meow meow sampai kucing tu ikut

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072583 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top