CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aiskrim berperisa seluar jean

29-4-2024 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6461| Komen: 23

Description: TOKYO – Sebuah klip video tular di media sosial mendedahkan kewujudan aiskrim berperisa seluar jean di Jepun, lapor portal berita Liputan6.


TOKYO – Sebuah klip video tular di media sosial mendedahkan kewujudan aiskrim berperisa seluar jean di Jepun, lapor portal berita Liputan6.

Fenomena aiskrim jean itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menganggapnya sebagai langkah kreatif yang unik.

Sementara itu, sebilangan netizen lain berasa ingin tahu dan keliru dengan konsep rasa yang luar biasa itu.

Video viral tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok di akaun @taetaetots. Dalam video itu, penguna tersebut menunjukkan dirinya memegang kon wafel yang diisi dengan pusaran ais krim biru.

Video itu menerima lebih 2.6 juta tontonan sehingga kini, malah ramai netizen meninggalkan komen ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisa aiskrim unik itu.

“Baunya seperti jean segar di kedai. Ya, saya mahu cuba makan itu,” komen seorang netizen.

“Saya pernah cuba menghisap seluar jean ketika berumur lima tahun. Mungkin menu ini (aiskrim) untuk saya,” kata pengguna lain. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:10 AM
cuma nak ckp, lawa plak warna biru jeans tu
Quote jlo 29-4-2024 10:13 AM
aneh2 ya...lalu tak lalu je nak telan ni
Quote cantthinkofany 29-4-2024 10:38 AM
jeans fresh atau jeans assemm...sebab selalunya orang kalau pakai jeans ni...sebulan sekali baru basuh....lagi byk kali pakai.....lagi lembut.....
Quote Supersirap 29-4-2024 11:04 AM
rasa cotton
Quote Kurex 29-4-2024 11:04 AM
iols nak beli jaket denim dekat jepun, tapi orang kata mahal
Quote Thunderclouds 29-4-2024 11:53 AM
Kurex replied at 29-4-2024 11:04 AM
iols nak beli jaket denim dekat jepun, tapi orang kata mahal

Ada siri kt netplik tu dia fokus kt attractions jepun yg org kurang tahu (yg berduit mungkin aware la) salah 1 episode tu pasal denim production.
Nothing compared to depa punya craftsmanship hence the price (very expensive).
Sori ya, aku lupa tajuk siri.
Quote midori888 29-4-2024 12:15 PM
meols mkn ice cream cremia kat jepun, sedap sgt...kat Msia ada jual tak ice cream nie?
Quote Skuau 29-4-2024 12:18 PM
sapa pernah makan seluar jeans....habaq la rasanya acaner...
Quote kotakbaju 29-4-2024 01:47 PM
BoongaKertas replied at 29-4-2024 10:10 AM
cuma nak ckp, lawa plak warna biru jeans tu

Macam baby blue color pun ye jugak
Quote BoongaKertas 29-4-2024 02:10 PM
kotakbaju replied at 29-4-2024 05:47 AM
Macam baby blue color pun ye jugak

haah tp maybe sbb bwh matahari. iols suka yg dlm bekas tu. biru dia lawa.
Quote I.K.A888990 29-4-2024 02:40 PM
apa pulak rasanya tu
Quote supernaturalee 29-4-2024 03:41 PM
entah2 dikumpul2nya jeans terbuang then soak dlm air, rebus kaw2
pati die tu yg diambik utk jdkan aiskerim

ewwwww

Quote bebulu 29-4-2024 06:51 PM
Seriau nak makan/ minum makanan yang berwarna biru.
Takut bertukar jadi avatar atau the smurf.
Lalalalalalalalala...
Quote Samerosie 30-4-2024 01:15 PM
Jeans brand apa?  Mesti lain2 rasa kalau up market vs siam immitation.
Quote hokeypokey 30-4-2024 07:30 PM
aneh2 je flavour skrg..
Quote dua_chzy 30-4-2024 07:50 PM
Thunderclouds replied at 29-4-2024 03:53 AM
Ada siri kt netplik tu dia fokus kt attractions jepun yg org kurang tahu (yg berduit mungkin aware ...

Beg sekolah bebudak deol pun setaraf LV kualiti or barangkali lebih baik. Lupa aku hapa jenama beg tu. Google ja Japanese kids school bag.
Quote makita 30-4-2024 09:12 PM
Edited by makita at 30-4-2024 09:13 PM
dua_chzy replied at 30-4-2024 07:50 PM
Beg sekolah bebudak deol pun setaraf LV kualiti or barangkali lebih baik. Lupa aku hapa jenama beg ...


Oh Randoseru backpack tu. Kat jalan-jalan japan byk je bag tu tapi jenis pvc lah RM50 je sekenhen. Kalau leather mesti mahal gila memandangkan bag tu besar bagak. Meols tgok bag tu peti peti pos je.
Quote Tinot7 30-4-2024 09:27 PM
Pelik belaka kat jepun ni
Quote dua_chzy 30-4-2024 09:42 PM
makita replied at 30-4-2024 01:12 PM
Oh Randoseru backpack tu. Kat jalan-jalan japan byk je bag tu tapi jenis pvc lah RM50 je sekenhen. ...

Yang leather uols. PVC tu tiruan kan? Yang original leather tu aiol tengok teliti betul meka buat handmade.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.473270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top