CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kubu Baharu: Provokasi tak jejas semangat Sock Tao berkempen

29-4-2024 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9090| Komen: 6

Description: HULU SELANGOR – Tindakan provokasi pihak lawan tidak menjejaskan semangat calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala ...

HULU SELANGOR – Tindakan provokasi pihak lawan tidak menjejaskan semangat calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Sock Tau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, ia merupakan adat dalam pilihan raya untuk berhadapan dengan pelbagai situasi termasuk provokasi daripada pihak pencabar.

“Sudah tentu ada provokasi oleh (pihak lawan), namun kita akan tetap fokus kempen. Sebagai anak muda dan wanita, saya nak bawa politik baharu kepada penduduk Kuala Kubu Baharu dengan menekankan dasar-dasar pembangunan rakyat.

“Politik tidak seharusnya hanya mengenai provokasi, fitnah atau permusuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan bertemu orang ramai di pasar karat Batang Kali, di sini hari ini.

Terdahulu, Sock Tao yang ditemani dua Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Young Syefura Othman dan Syahredzan Johan bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut ketika melawat dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di pasar pagi Batang Kali, di sini hari ini.


Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu turut menyaksikan Sock Tao menentang dua calon lain iaitu Hafizah Zainudin mewakili Parti Rakyat malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin yang merupakan calon Bebas.

Dalam pada itu, Sock Tao berkata, pertemuan itu menunjukkan kedua-dua pihak menjalankan kempen secara berhemah dan beliau berharap semangat itu dapat diteruskan sepanjang tempoh mereka berkempen.

Dalam pada itu, Sock Tau berkata, beliau amat bersemangat untuk berkempen berikutan dokongan yang diterima daripada pelbagai pihak dalam Kerajaan Perpaduan.

“Penerimaan penduduk pula sangat memberangsangkan. Saya akan berjumpa dengan lebih ramai pengundi bagi memberi galakkan kepada diri saya untuk berkempen,” jelasnya.

Mengulas mengenai manifesto yang akan diumumkan dalam masa terdekat, Sock Tao berkata, masalah jaringan internet lemah yang dihadapi penduduk Kuala Kubu Baharu antara isu yang akan dibawa pada PRK DUN itu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-4-2024 01:47 PM
siapa pulak yg provoke..ke acah2 tersakiti
Quote Abahmung 29-4-2024 02:13 PM
Inigo-Montoya replied at 29-4-2024 01:47 PM
siapa pulak yg provoke..ke acah2 tersakiti

provok suruh tunjuk result spm kot?



Semua subjek A - Calon PH sahut cabaran PAS, dedah keputusan SPM
Diterbitkan:  Apr 29, 2024 12:10 PM



Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkongsi keputusan SPM dan UPSR yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A.

Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu berbuat demikian sebagai maklum balas kepada cabaran Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam.

Wanita 31 tahun dari Ampang itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-.

Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).  

“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya.

“Inilah jawapannya.

“Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya.

“Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya,” katanya.



Dia juga mengucapkan terima kasih kepada “daddy” dan “mommy” yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak.

Fadhli membuat cabaran itu semalam selepas calon Khairul Azhari Saut berdepan kontroversi berkaitan status pengajian.

Ini susulan posternya yang mencatat dia memperoleh diploma eksekutif pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 dan sarjana eksekutif dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dua tahun selepas itu.

Orang ramai mempertikaikan bagaimana dia melompat terus ke peringkat sarjana tanpa mengambil ijazah sarjana muda dulu, selain bagaimana dia menghabiskan pengajian pada 2021 ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).


Khairul Azhari Saut

“Isu pendidikan calon PN telah selesai. Pihak Universiti (UMP) telah keluarkan kenyataan berhubung kelulusan master (sarjana) eksekutif pengurusan perniagaan yang dimiliki beliau bahkan transkrip sijil juga telah disebarkan.

“Sekarang, saya mencabar calon PH pula untuk nyatakan pendidikan rendah dan menengahnya. Silakan. Di manakah peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) diambil, tentu menarik untuk diketahui,” ujarnya.

Sementara itu, Pang juga berkongsi sijil UPSR pada 2005 yang menunjukkan dia mendapat A untuk semua subjek.



DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pang, Khairul, Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei manakala tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

Quote SWORKS27 29-4-2024 02:27 PM
ni apa benda...pilih calon YDP PIBG ka? dok sibuk cert masing2...bodoh betul peel PRK ni
..
Quote Skuau 29-4-2024 06:43 PM
Edited by Skuau at 29-4-2024 06:48 PM
SWORKS27 replied at 29-4-2024 02:27 PM
ni apa benda...pilih calon YDP PIBG ka? dok sibuk cert masing2...bodoh betul peel PRK ni
..


cer suh tangkap tikus kt kkb tu...rasanya memasing akn ckp...'hang la pi dulu...'
Quote Belibis 30-4-2024 06:28 PM
Skuau:  Edited by Skuau at 29-4-2024  ...

Buat apa nak tangkap? Tikus dan politikus dah takde beza.korek sana,tebuk sini demi perut masing2.bukan nak bela rakyat pun.
Quote kakikuDibibirmu 30-4-2024 06:59 PM
Janganlah probok-probok, saya tak suka ni bila you probok-probok

[youtube]5HBWOCP9di0[/youtube]

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058041 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top