CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunung Ibu meletus, penduduk diminta berjaga-jaga

29-4-2024 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9646| Komen: 11

Description: JAKARTA – Sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus tengah malam tadi dengan memuntahkan abu setinggi 3,500 meter ke udara, manakala pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar menjau ...


JAKARTA – Sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus tengah malam tadi dengan memuntahkan abu setinggi 3,500 meter ke udara, manakala pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan sekitar. 

Gunung Ibu yang terletak di Pulau Halmahera, dalam wilayah Maluku Utara meletus pada pukul 12.37 tengah malam (waktu tempatan) dan membebaskan asap tebal serta abu ke puncak barat.   

“Kepada penduduk dan pelancong berhampiran Gunung Ibu, jangan lakukan sebarang aktiviti dalam radius dua kilometer (dari kawah),” kata pegawai di pos pemantauan Gunung Ibu, Axl Roeroe.

Paras amaran bagi gunung berapi setinggi 1,325 meter itu kekal pada tahap dua bagi sistem empat peringkat dan tiada perintah pemindahan penduduk selepas letusan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk memakai pelitup muka dan cermin mata ketika melakukan aktiviti luar.


Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan yang kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Awal bulan ini, Gunung Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus dan memaksa beribu-ribu orang berpindah. – AFP 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-4-2024 09:22 AM
Allahu. seramnya. moga selamat semuanya.
Quote honam 29-4-2024 09:29 AM
lepas satu satu gunung berapi meletop
Quote gorjeous 29-4-2024 11:01 AM
Moga selamat semuanya.
Quote ilacantik 29-4-2024 11:39 AM
Gunung berapi kalau meletus, memang berjangkit satu sama lain.
Quote green~tea 29-4-2024 01:33 PM
Nusa rayap ke mana? Tgh sembah semangat gunung supaya jgn meletus ke
Quote Weller 29-4-2024 01:45 PM
Nama pegawai jaga pos....huhuhu
Quote sukacactus 29-4-2024 02:01 PM
Weller replied at 29-4-2024 01:45 PM
Nama pegawai jaga pos....huhuhu

Aku rasa parents beliau peminat Guns N’ Roses la
Quote shernazz 29-4-2024 06:45 PM
sukacactus replied at 29-4-2024 02:01 PM
Aku rasa parents beliau peminat Guns N’ Roses la

Hahahah
Iols pung rasa gitu bila baca berita di atas
Quote Skuau 29-4-2024 06:54 PM
"Gue enak2 aja di Malezia"-nusaraya
Quote damian_lee 29-4-2024 07:14 PM
lately aktif betul gunung berapi ngan gempa bumi kat indonesia
Quote gigahertz 30-4-2024 05:39 AM
ilacantik: Gunung berapi kalau meletus, memang berjangkit satu sama lain.

kita di ulang tahun 100 tahun kejatuhan empayar uthmaniah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060693 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top