CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Paksa Lahir Normal Walaupun Bayi Songsang, Kepala ‘Tertinggal’ Dalam Rahim Ibu

29-4-2024 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5752| Komen: 15

Description: Meraung si ibu berusia 38 tahun dibuatnya selepas terpaksa menerima hakikat selepas bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi meninggalkan buat selamanya.

Meraung si ibu berusia 38 tahun dibuatnya selepas terpaksa menerima hakikat selepas bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi meninggalkan buat selamanya.

Difahamkan, sewaktu mahu bersalin, si ibu sudah terkena jangkitan dan tambahan pula anaknya berada dalam kedudukan songsang (terbelit).

Biarpun dalam situasi tersebut pihak medik perlu menjalankan kaedah czer tetapi mereka didakwa tetap menyuruh si ibu bersalin secara normal hingga berlakunya insiden yang tidak boleh dilupakan.

Kerana kecuaian pihak hospital, kepala bayi tersebut ‘terpisah’ dengan badannya sebelum tertinggal di dalam rahim wanita itu.

Walaupun sebelum ini reda dengan hal yang sudah terjadi tetapi ahli keluarga kini memfailkan laporan polis dan kini siasatan sedang dilakukan.

Si ibu yang terpaksa berpantang tanpa anak disisi masih menerima rawatan lanjut.

SUMBER : Tribunnews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 29-4-2024 01:44 PM
Berita x complete. Ni kat negara konoha ke? Mcm kat sana
Quote sukacactus 29-4-2024 02:04 PM
Kat thread sblh jokowi kecewa indo berubat kat luar negara, ini la realitinya
Quote BoongaKertas 29-4-2024 02:11 PM
wehhhh...sadisnya kematian baby tu...ya Allah nauzubillah.
Quote zarulnazmi 29-4-2024 02:50 PM
SalenaGomez: Berita x complete. Ni kat negara konoha ke? Mcm kat sana


Dah tulis sumber Tribunnews. Tu semua konoha story.
Quote shernazz 29-4-2024 06:36 PM
Gila
Patut la.indon2.suka gi hospital.malaysia
Yang lari tak bayo pung ado
Janji beranak
Quote noell 29-4-2024 08:12 PM
semoga kepala baby tuh menghantui doktor tuh sampai jd gila lps tuh kisah ini bole dipilemkan sure box office
Quote dua_chzy 30-4-2024 07:11 AM
shernazz replied at 29-4-2024 10:36 AM
Gila
Patut la.indon2.suka gi hospital.malaysia
Yang lari tak bayo pung ado

Sini pun ada kejadian gini cuma hush2.
Quote copy_paste 30-4-2024 07:14 AM
gara2 x cukup fasiliti utk cser,
kalau kat sini awal2 lagi doc dah tempahkan utk cser
Quote I.K.A888990 30-4-2024 08:29 AM
bagus depa buat laporan
biar doktor tu bertggjwb
Quote midori888 30-4-2024 08:37 AM
kalu songsang bukan kena kasi kuar ikut tingkap ke?
Quote otai_g 30-4-2024 09:00 AM
Doktor apa bnd ni? Dr ni belajar kat mana? Ha Dr Indonesia punya penangan. Takut...
Quote slyfynx 30-4-2024 09:20 AM
@CARI-HBZ

Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim


12 MAC 2024

JAKARTA – Seorang wanita di Bangkalan, wilayah Jawa Timur akur dan reda menerima kenyataan bahawa kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran, lapor portal berita Okezone hari ini.

Mukarromah, 25, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia meminta bidan kampung memeriksa keadaan bayinya ketika kandungan memasuki usia sembilan bulan pada 4 Mac lalu.






Berita dari seberang. Tolong la at least tag antarabangsa.
And berita bulan MAC kot.
Quote shernazz 30-4-2024 10:57 PM
dua_chzy replied at 30-4-2024 07:11 AM
Sini pun ada kejadian gini cuma hush2.

Kat mana kaka..
Iols mmg seram gitu
Dolu masa Anak 1st..iols terbayang2 kalau baby tersekat kepala
Hahah...
Sebab Susan sgt nak meneran
Quote sharlenetexas 30-4-2024 10:59 PM
Ngerinya ngilunya baca.


Quote dua_chzy 1-5-2024 12:03 PM
Edited by dua_chzy at 1-5-2024 04:04 AM
shernazz replied at 30-4-2024 02:57 PM
Kat mana kaka..
Iols mmg seram gitu
Dolu masa Anak 1st..iols terbayang2 kalau baby tersekat kepala ...


Sabah. Hu...Tapi yang kat Sabah ni kes doktor tarik terlalu kuat guna forcep ka mende tah yang guna utk tarik kepala baby bila beranak tu. Putus, terpisah dari badan terus kepala baby tu.

Tapi sebab orang kampung yang kena pehtu masa tu sematfon belum digunakan meluas, tak viral la.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051383 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top